Apa yang anda lakukan jika tiada keyakinan diri?
Tekad untuk lakukan transformasi demi meningkatkan keyakinan diri, pemuda ini sanggup membelanjakan hampir 19,800 Pound (RM105,441) dengan menjalani pembedahan kosmetik.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Terperangkap Dalam Gua Di Thai 2018 Ditemui Tak Bernyawa Di UK
Menerusi laporan Mirror, pemuda yang dikenali sebagai Marcello Cantu, mengakui dirinya sebelum ini terasa terlalu segan untuk keluar janji temu mahupun bercakap dengan wanita.
Justeru, dia yang kini bergelar pempengaruh dan usahawan memutuskan untuk menialani pembedahan tersebut semata-mata mahu meningkatkan keyakinan dirinya.
Kongsi Cantu, dia melakukan dua pemindahan rambut dan pembedahan hidung agar kelihatan mancung, selain rawatan membuang lemak pada bahagian mata kirinya.
“Saya juga melakukan pembedahan kecil dengan merapatkan balik kedua-dua telinga ke belakang,” katanya.
Selain itu, pemuda berusia 31 tahun itu memaklumkan dirinya melakukan pembedahan kosmetik berkenaan di Turkiye pada akhir tahun 2021.
Katanya, proses pemulihan daripada pembedahan plastik yang dilakukannya mengambil masa selama tiga bulan.
“Saya mahu menjadi individu yang berbeza, jadi saya fikirkan ia dapat dilakukan dengan mengubah penampilan luar saya.
“Sebaik sahaja melakukan prosedur tersebut, saya dapati ramai wanita mula tertarik dengan saya dan ini sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan mereka,” ujarnya.
Pun begitu, selepas melakukan pembedahan berkenaan, Marcello Cantu turut mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil pemakanan yang seimbang selain ke gimnasium.
Kini, tidak dinafikan penampilan ahli perniagaan itu semakin kacak hasil daripada melakukan perkara tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Marcello Cantu