
Doktor telah membuang 420 batu karang yang berada di dalam buah pinggang dari seorang lelaki China yang bernama He pada tahun 2015, dia dikatakan mendapat batu karang tersebut disebabkan oleh makan terlalu banyak tofu dan kurang minum air.
Doktor dari sebuah Hospital di Zhejiang melakukan ujian CT Scan apabila pesakit mengadu mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian belakang. Ujian CT Scan yang dilakukan mendapati terdapat batu karang dalam jumlah yang cukup banyak.
Doktor terkejut dengan jumlah batu karang tersebut dan mengarahkan He untuk membuat pembedahan bagi membuang kesemua 420 batu karang, doktor yang melakukan pembedahan tersebut berkata, angka 420 tu tidak termasuk batu karang yang saiznya sebesar beras yang berjumlah hampir 100 ketul, pembedahan tersebut mengambil masa selama 40 minit.
Sumber : John Mohamed
2 Penyelam Remaja Hilang Di Mersing Adalah Berpengalaman, Dijangka Selamat

Berbekalkan pengalaman yang dimiliki oleh dua penyelam remaja, Nathen Renze Chesters dan Alexia Alexandra Molina yang masih hilang di Mersing, pihak polis tempatan percaya dia dan seorang lagi mangsa selamat serta akan ditemui tidak lama lagi.
Semalam, salah seorang daripada empat mangsa yang hilang ketika melakukan aktiviti selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing telah berjaya ditemui di perairan Tanjung Sedili. Mangsa, Kristine Grodem yang juga merupakan jurulatih selam skuba warga Norway ditemui kira-kira 30 batu nautika ke selatan dari lokasi kejadian.
Setelah operasi mencari dimulakan pada hari Rabu, Kristine akhirnya ditemui oleh sebuah bot tunda yang sedang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand jam 8.15 pagi hari Khamis.

Kristine kemudiannya dibawa ke Stadium Mersing menggunakan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Johor sebelum dihantar ke hospital daerah untuk rawatan lanjut.
Tiga lagi mangsa yang masih belum ditemui terdiri daripada warga Inggeris Adrian Chesters, 45; anaknya yang juga warga Belanda Nathen Renze Chesters, 13; dan seorang lagi remaja warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18.
Mereka bertiga berada di Mersing untuk menjalani latihan selaman bawa air berdekatan Pulau Tokong Sanggol pada hari Rabu. Setelah mereka muncul semula di permukaan laut bersama jurulatih, Kristine; mereka mendapati bot yang membawa mereka ke sana telah hilang.
Kristine cuba untuk mengumpulkan kesemua penyelam agar terus bersama. Namun mereka dipercayai hilang dibawa arus yang kuat.
Polis Johor telahpun berjaya mengenal pasti tekong bot dan menahannya malam tadi selepas dia memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing. Lelaki berusia dalam linkungan 20-an itu didapati positif dadah jenis methamphetamine setelah ujian air kencing dilakukan. Dia akan ditahan sehingga siasatan selesai di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952.
Sementara itu, insiden ini telahpun mendapat liputan media antarabangsa seperti portal The Mirror, Reuters, Daily Mail dan media dari negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.
*
Diharap dengan keadaan cuaca yang baik dan ketinggian ombak setinggi satu ke dua meter seperti yang dimaklumkan oleh agensi, operasi menyelamat akan berjalan lancar dan tiga lagi mangsa itu dapat ditemui dengan segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Secret Recipe Buat Promosi Beli 2 Percuma 1 Sempena Kek Mania 24 Februari Ini

Berita baik buat peminat kek Secret Recipe, pada 24 Februari nanti korang boleh menikmati tawaran promosi beli 2 percuma 1 kek.
Kami percaya apa-apa promosi yang dibuat oleh Secret Recipe pasti dapat perhatian ramai kan?
Mana tidaknya, kalau korang nak beli sepotong kek disitu pun dah lebih kurang berharga RM10 ke atas. Jadi, inilah peluang untuk korang dapat lebih sikit dengan pembelian yang dibuat.
New York Cheese Cake, Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, sebut apa sahaja flavour kek yang ditawarkan di Secret Recipe semuanya jadi favorite pelanggan.
So guys, jom serbu Secret Recipe sempena kempen Kek Mania yang akan berlangsung pada 24 Februari nanti, bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.
Promosi ini sah di semua cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia.
Pesawat Ukraine Pula Terhempas, Ini Kejadian Keenam Dalam Tempoh 6 Bulan

Isi Kandungan
Toggle
Sebuah pesawat Ukraine dengan 176 penumpang dan kru terhempas berdekatan Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran, Iran selepas berlepas.
Tiada yang selamat dalam kejadian pagi Rabu di sana.
Menurut laporan Al-Jazeera, pesawat yang membawa majoriti penumpang warganegara Iran itu mengalami kegagalan enjin apabila salah satu daripadanya terbakar.
Ia mengakibatkan juruterbang hilang kawalan terhadapn pesawat tersebut sebelum ia terhempas.
Persoalan sama ada kejadian ini ada kaitan dengan serangan balas Iran ke atas 2 tapak ketenteraan Amerika Syarikat masih belum dapat dipastikan.
Malangnya, ini merupakan insiden keenam pesawat terhempas yang dicatatkan dalam tempoh 6 bulan yang lepas.
*
Ini adalah kronologi kejadian yang pernah berlaku.
27 Disember 2019
Pesawat Bek Air Flight 2100 terhempas semasa baru ingin berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty, Kazakhstan. 12 daripada 98 penumpang terbunuh.
24 November
Pesawat Dornier Do 228 terhempas juga setelah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Goma di Congo. Kesemua 19 orang di dalam pesawat terbunuh.
4 Oktober 2019
Sebuah lagi pesawat terhempas di Ukraine sebelum kejadian petang tadi.
Kali ini ia membabitkan Ukraine Air Alliance Flight 4050 yang terhempas 1.5 kilometer daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Lviv di Ukraine. 5 darpada 8 penumpangnya terbunuh, manakala 3 lagi cedera parah.
15 Ogos 2019
74 dari 233 penumpang pesawat Ural Airlines Flight 178 tercedera selepas juruterbang perlu melakukan pendaratan kecemasan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky di Rusia.
27 Jun 2019
Masih di Rusia tetapi kali bertempat di Lapangan Terbang Nizhneangarsk.
Selepas mengalami kegagalan enjin ketika ingin berlepas, penerbangan domestik Angara Airlines pulang cuba pulang semula ke Lapangan Terbang tersebut sebelum terbabas di landasan dan melanggar sebuah bangunan.
Bagaimanapun, kesemua 43 penumpang dan 2 daripada 4 kru terselamat.