Kerohanian

Pemuda Terpukau, Al-Quran & Kitab Agama Tidak Basah Walaupun Rumah Ditenggelami Banjir

Share

Seorang pemuda yang juga mangsa banjir di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, baru-baru ini terkejut apabila melihat beberapa kitab agama dan naskah Al-Quran tidak basah dan masih dalam keadaan baik walaupun kediamannya ditenggelami banjir hingga paras 0.5 meter (m) minggu lepas.

Menurut Nabil Suhaid Farizan (30), rumahnya mula dinaiki air hingga para 0.2 meter lebih kurang jam 1 pagi pada 29 November lalu sebelum air mula naik lebih tinggi dan rumahnya mula ditenggelami banjir pada keesokan harinya.

Ujarnya, dia tidak sempat berbuat apa-apa termasuk mengangkat empat kotak mengandungi beberapa Al-Quran dan kitab agama ke tempat lebih tinggi.

Keadaaan Al-quran Masih Dalam Keadaan Baik Walaupun Kotak Digunakan Ditenggelami Air

“Dalam hati, memang risaukan Al-Quran dan kitab agama yang tidak dapat diselamatkan dan saya bertawakal kepada ALLAH SWT”

“Al-Quran berkenaan amatlah istimewa terutamanya satu naskhah yang saya talaqqi dengan seorang syeikh buta,” katanya.

Kongsinya lagi, apabila pulang ke rumah pada hari keempat selepas banjir surut untuk mencuci dan mengemas pelbagai barangan yang tenggelam. Namun, mendapati kotak-kotak mengandungi kitab-kitab berkenaan berada dalam keadaan basah, namun tidak bagi naskah berkenaan.

“Bagaimanapun, saya dapati Al-Quran dan kitab agama disimpan dalam kotak masih keadaan baik dan tidak basah,” jelasnya.

“Ini kali pertama, saya berhadapan pengalaman sebegini sekali gus menyifatkan ia sebagai bukti kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT,” tambahnya.

Kata Nabil, dia masih terus teringat pengalaman menakjubkan itu walaupun banjir telah pulih sepenuhnya di kawasan taman perumahan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE