
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul yang sering kali membuat penampilan ‘lain daripada yang lain’ ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan apa sahaja yang digayakan oleh selebriti ini pastinya berjaya menarik perhatian orang ramai.
Terbaharu, Aina melancarkan muzik video lagu raya yang berjudul Gema Raya. Dalam video tersebut, Aina muncul dengan beberapa gaya busana unik berkonsepkan ketupat dan duit raya. Selain lagunya yang catchy, penampilan Aina turut mendapat perhatian netizen dengan berseloroh memberi komen terhadap gaya busananya itu.




Walau bagaimanapun, masih ramai peminat yang memuji lagu raya baharu penyanyi ini dan menyifatkan Aina Abdul antara penyanyi yang sangat kreatif dan berbakat besar.


Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun lagu raya baharu Aina ini memang layannn!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=AYk1bsTX4DU
Son Yejin & Hyunbin Selamat Bergelar Ibu Dan Ayah. Timang Cahaya Mata Lelaki!

Tahun 2022 betul-betul membawa kebahagian buat pasangan bintang popular Korea ini.
Setelah 8 bulan berkahwin, pasangan Son Ye-jin dan Hyunbin akhirnya selamat menimang cahaya mata pertama mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Tetamu Terkejut Terima Doorgift Mewah Di Perkahwinan Son Ye Jin & Hyun Bin

Pada 27 November, Son Ye-jin dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Malah tidak lama daripada itu, agensi mereka mengumumkan bahawa pasangan itu selamat menimang cahaya mata lelaki pertama mereka.
Untuk pengetahuan, Son Ye-jin pada asalnya dijadualkan bersalin pada awal Disember, tetapi dia melahirkan lebih awal daripada jangkaan.
Kini, pelakon itu sedang berehat di pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.
Sudah tentu berita ini menerima respon positif daripada semua peminat mereka yang mendoakan bayi pertama mereka ini.
Hyun Bin dan Son Ye Jin melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana situasi COVID-19 yang masih menular dan hanya foto perkahwinan dikongsi untuk tatapan peminat.
Tahniah Son Ye Jin dan Hyun Bin, tak sabar nak lihat baby mereka mesti comel!

BACA: #TheBinJinWedding Trending, Peminat Teruja Nantikan Perkahwinan Hyun Bin & Son Ye Jin
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Macam Guna Filter! Solekan Naim Daniel Hasil Kreativiti Sejam 10 Minit

Berakhirnya acara Anugerah Juara Lagu 34 semalam dengan kemenangan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel telah menerima respon positif oleh ramai penonton.
Walaupun masing-masing mempunyai lagu kegemaran, namun sukar untuk kita menafikan kekuatan Sumpah yang dikategorikan sebagai ‘lagu berhantu’ pada tahun 2019.
Menariknya, bulan komposisi lagu itu saja yang diperkatakan tetapi juga solekan pada wajah, rambut, leher dan tapak tangan Naim Daniel.
Konsep utama yang ingin dipertaruhkan adalah untuk mengadaptasi semula video muzik Sumpah yang mempunyai elemen anime.
Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah jurusolek dan jurudandan yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan konsep tersebut.
Ia adalah hasil kreativiti dua jejaka bernama Daniel Syazwan dan Eva Shahrul.
Menurut perkongsian oleh @DanielSyazwan di akaun Twitter-nya, beliau pada asalnya melakukan eksperimen terhadap muka sendiri sambil dinilai oleh rakannya yang juga merupakan guru pendidikan seni.
Dari situlah, Daniel memperbaiki lagi skil solekan ala anime ini ke atas rakannya sendiri sehingga dia berjaya menjadikan se-realistik mungkin.
Dari tempoh sejam 20 minit, mereka berjaya merealisasikan solekan pada Naim Daniel semalam agar siap dalam tempoh sejam 10 minit.
*
Untuk menjadikan keseluruhan look Naim Daniel semalam sempurna, pakaian yang disarungkan oleh penyanyi itu direka oleh Hatta Dolmat.
Menurut Hatta, “Macam selalu, saya akan melayan lagu penyanyi dulu. Saya terkejut juga dengan konsepnya kerana saya tak pernah buat hand painting di atas pakaian.
“Ini benda baru pada Hatta. Tahniah pada Naim kerana beri cabaran minda buat abang berkarya dan mahirkan tangan abang yang memang dah lama tak pegang berus,” tulisnya dalam perkongsian seperti di bawah semalam.
Congrats Naim Daniel dan keseluruhan glam squad-nya!
Memang superb.
Bersiap Sedia Merebut Tiket Filem Doctor Strange 20 APRIL Ini

Saban tahun apabila tiba sahaja musim perayaan Aidilfitri, pastinya kita akan disajikan dengan tayangan filem terbaru di pawagam.
Akhirnya selepas dua tahun berdepan dengan musim pandemik, kali ini pawagam di Malaysia bakal meriah semula sewaktu minggu-minggu perayaan apabila kita dapat menonton filem pilihan bersama sanak saudara ketika pulang ke kampung halaman.
Salah satu filem yang amat dinanti-nantikan sempena Aidilfitri 2022 tentunya ialah filem terbitan Marvel iaitu Doctor Strange In The Multiverse of Madness!
Selepas kita semua diserang ‘demam’ Spider-Man: No Way Home pada akhir tahun lalu, ramai tertarik dengan kemunculan trailer khas untuk filem Doctor Strange ini selepas paparan credit roll akhir di dalam pawagam.
Bulan lalu pula, Marvel Studios telah meluncurkan sebuah lagi trailer baharu bagi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang hanya membuatkan peminat Marvel lebih tidak keruan.
Korang tidak perlu menunggu lama lagi apabila tiket untuk tayangan Doctor Strange in the Multiverse of Madness di pawagam bermula Hari Raya ketiga (5 Mei 2022) akan mula dijual pada 20 April ini!
Menurut hantaran TGV Cinemas, mereka turut menawarkan sesi tayangan peminat pada 5 April ini.
You ask for the Multiverse? You’ll get its Madness!
Be the FIRST to watch #DoctorStrange: The #MultiverseofMadness in TGV Cinemas at our Fan Screening on the 4th of May.
Mark your calendars, tickets are on sale next week, 20 April. So, don’t miss it! #TontondiTGV pic.twitter.com/0SAkw2DIO2
— TGV Cinemas | #TontondiTGV 🇲🇾 (@TGVCinemas) April 12, 2022
Doctor Strange in the Multiverse of Madness bakal membongkarkan rahsia disebalik Multiverse yang selalu diperkatakan selama ini lalu membuka satu dimensi baharu untuk jalan cerita Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas ni.
Doctor Strange (Benedict Cumberbatch) bakal mengembara ke alam yang tidak pernah diketahui olehnya dengan bantuan sekutu, Wong dan Wanda Maximoff, aka Scarlett Witch. Yang pasti, filem ini sememangnya ‘mind-bending’.
Selain Benedict Cumberbatch, Doctor Strange in the Multiverse of Madness dibintangi oleh Chiwetel Ejiofor, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Xochitl Gomez, bersama-sama Michael Stühlbarg dan Rachel McAdams.
ARTIKEL BERKAITAN : Filem Dari Warner Bros & Disney Tidak Akan Ditayangkan Di Rusia – REMAJA
BACA LAGI : Spider-Man: No Way Home Catat Kutipan Melebihi US$1 Bilion Ketika Pandemik – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.