Ayah mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak sendiri.
Dua penampilan penyanyi, Sissy Iman sebagai hos di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH-33) semalam masih menjadi topik perbualan netizen sehingga ke hari ini.
Jelas, Sissy cuba untuk ‘push the envelope’ dan ingin lakukan sesuatu yang berbeza. Iyalah, ABPBH hanya muncul sekali setahun. Takkanlah hendak memakai pakaian harian saja kan?
Bagaimanapun pada pandangan mata penonton, seakan ada yang tidak kena dengan kedua-dua penampilan tersebut.
Untuk pengetahuan, Sissy terlebih dahulu menyarungkan dress hitam satin rekaan
Zayana Zayed sebelum bertukar kepada persalinan merah jambu dengan sarungan bodice renda hitam. Solekan dan dandanannya pula adalah hasil sentuhan Albin Hassan dan Finnick Fit.Ramai yang seakan keliru dengan garapan yang dikenakan buat Sissy pada malam itu. She definitely caught our attention with the pearl necklaces, lace and the curly updo.
Hari ini, ayah kepada Sissy tampil memberi respon kepada netizen yang memberikan komen di media sosial mengenai penampilan anaknya itu.
“Penampilan anak aku dikecam, hebat di ABPBH 2020. Akulah penyebabnya. Tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam itu.
“Biarlah org kutuk pun, aku akur. Aku seorang bapa yg hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan. Untuk itu aku tetap akan lakukan sehabis baik selagi aku diperlukan dan selagi kudrat aku masih ada.
“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor, yang benar-benar approach pun. Baik busana mahupun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta.
“Setiap kali dia beraksi, aku akan sentiasa mahu berada sama untuk memastikan she looks good di mata aku. Sekurang-kurangnya dia berada dalam keadaan sopan dan tertib. Sampai kadang-kadang, aku lupa aku ni bertongkat ke sana ke mari.
“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah je yang tahu,” jelas beliau sebelum mengucapkan terima kasih kepada penyokong tegar Sissy Iman.
Walaupun penampilan Sissy menjadi topik perdebatan, penulis sebenarnya lebih tertarik untuk bercakap mengenai bakat dan skil pengacaraannya yang sudah jauh lebih mantap berbanding dahulu.
Ternyata peningkatan kualiti ini seiring dengan pengalaman dan penambah baikan yang dilakukan oleh Sissy dan team-nya. Keep it up girl!