Baru sahaja ‘berlayar’ di minggu pertama pentas Big Stage musim 5 yang berlangsung semalam, penyanyi lagu hit Casablanca yang juga salah seorang peserta program realiti itu, Naufal Azrin telah menjadi bualan hangat warganet apabila mengenakan sut berwarna merah yang menampakkan sedikit bahagian dadanya.
Bukan setakat busana yang dikenakan penyanyi itu, rantai dan gelang tangan yang dipakai Naufal pada malam semalam juga mengundang rasa kurang senang warganet.
ARTIKEL BERKAITAN: Corat-Coret Big Stage Ep 1: Hos Indonesia, Peserta Korea & Kejutan ‘Imuniti X’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mula mempertikai busana yang dipakai Naufal sewaktu melakukan persembahan sehingga mengimbau kembali perwatakannya yang begitu terkenal dengan imej ketuhanan.
“Pergh semakin slay. Tetapi itulah kenal Naufal dulu bukan macam ini. Yang mana kenal dia sebelum viral dengan lagu itu, tahulah dia bagaimana. Apa-apa kita doakan yang terbaik untuk dia dan kita sekali. Iman kita naik turun. Jadi, doakan semoga Allah sentiasa bersama kita ke jalan yang benar,” komen seorang peminat.
“Nak naufal azrin yang dulu…” komen juga pengikut lain.
“Aduh, buka dada pula dah sekarang… dulu aku respect gila mamat ini.. suara sedap tuannya pun nampak tenang sahaja, pemakaian pun helok… but lately ini, makin hmm mengecewakan.. terlalu over bagi seorang lelaki yang baik…” komen lagi seorang pengikut.
Selain itu, ada segelintir warganet turut menitipkan nasihat kepada pihak pengurusan kepada Naufal agar lebih cakna dengan pemakaian penyanyi itu pada minggu akan datang.
Sekadar informasi, gandingan duo Korea Selatan iaitu Hoondoo merangkul anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (hasil pemilihan juri tetap) sekaligus memperoleh markah tertinggi untuk minggu pertama iaitu 81 peratus.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Naufal Azrin