Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak ‘Handsome’, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?

Share

Hujung minggu lalu, aktres K-pop dan ahli variety show popular berbahasa Korea ‘Running Man’ iaitu Song Ji Hyo telah memuat naik foto terbarunya yang menampilkan potongran rambut berlainan.

Song Jihyo. FOTO Via Korea Celeb

Menerusi foto yang menampakkan Ji Hyo seakan baru saja selesai memotong rambutnya yang kelihatan masih basah (atau dia sedang mengenakan produk rambut), aktres berusia 40 tahun itu menulis kapsyen berbunyi, “Ini adalah rambut yang dipotong pendek”.

Sumber : Instagram @my_songjihyo
Sumber : Instagram @my_songjihyo

Menerusi satu lagi muat naik, dia memberikan komen, “Ini adalah… hehehehehe, sangat kacak hehehehehe.” Tidak lama selepas itu, ahli Running Man dan rakan baiknya, Haha memberikan reaksi terkejut dan spontan dengan berkata, “Apakah ini??!!!”

Selama ini, Ji Hyo selesa dengan pelbagai stail rambut yang lebih panjang sedikit daripada paras bahu atau dikenali sebagai ‘lob’ (long bob). Dengan potongan terbaru ini, tidak mustahil dia mampu mempengaruhi ramai wanita dan remaja perempuan di luar sana untuk turut sama menggayakan rambut sependek ini lantas menjadi trend rambut 2022.

Sumber : Instagram @my_songjihyo

Buat masa ini, peminat Ji Hyo masih belum boleh mengesahkan sama ada potongan rambut baharu ini adalah demi karakter terbaru yang akan dilakonkan oleh Ji Hyo ataupun dia sememangnya ingin menukar angin dengan stail berlainan.

Untuk pengetahuan, terkini Ji Hyo sedang muncul dengan drama berjudul The Witch’s Diner di samping Nam Ji Hyun dan Chae Jong Hyeop .

Sumber : Instagram @my_songjihyo

Korang berani untuk mengubah imej 180 darjah seperti Ji Hyo atau lebih rela mengikut gaya rambutnya yang dahulu?

Published by
Nana