Perubahan imej penyanyi lagu popular Redha itu mencuri perhatian apabila dia memuat naik video di TikTok menyanyikan lagu I Think They Call This Love nyanyian asal Elliot James Reay.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Letak ‘Rate’ Minimum RM15 Ribu Untuk Terima Sebarang Tawaran Menyanyi
Menerusi video tersebut, Irfan kelihatan segak mengenakan sut hitam dan kemeja putih, sambil menghayati nyanyiannya dengan penuh perasaan.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna memuji vokal Irfan yang dianggap sangat merdu dan memukau. Namun, selain daripada suaranya, penampilan terbaharu Irfan yang berjambang turut menjadi topik perbualan di platform berkenaan.
Ada yang mengatakan mereka sukar mengenali Irfan pada awalnya kerana imejnya kini berbeza dengan penampilan sebelumnya. Selain, ada juga yang berseloroh, menyamakan Irfan dengan penyanyi Zayn Malik dan pelakon Bollywood, Abhishek Bachchan, kerana gaya berjambangnya yang mirip mereka.
“Yeah, his back with that beard! Gentleman era is back!” komen seorang netizen.
“Dah macam pelakon hindustan… macam Abishek Bachan,” komen pengguna lain.
“Zayn Malik Malaysia,” tulis seorang lagi pengguna.