Penangan Populariti Blackpink, Single Terbaru Lady Gaga Terus Daki No 1

Share

Apa saja projek kolaborasi yang dilakukan oleh penyanyi pop antarabangsa, Lady Gaga, pasti hasilnya akan diterima ramai.

Selepas single Rain On Me bersama Ariana Grande disukai oleh para Little Monsters minggu lalu, kali ini Gaga melancarkan single terbaru bersama kumpulan sensasi K-pop, Blackpink untuk single berjudul Sour Candy.

Sejak pengumuman kolaborasi ini, Blinks dan Little Monsters seluruh dunia rata-rata teruja menantikannya.

Sour Candy telah diperdengarkan pada jam 8 malam tadi dan segera mendaki carta nombor 1 di 57 buah negara dalam masa kurang daripada 24 jam – termasuklah carta iTunes Malaysia.

Di China di mana iTunes tidak boleh digunakan kerana polisi negara tersebut, Sour Candy masing menduduki tangga pertama di laman web muzik terbesar mereka, QQ Music.

Hebatkan!

Terdahulu, Blackpink telah mengumumkan projek comeback mereka yang bakal dilandarkan tidak lama lagi. Judul album terbaru itu akan diumumkan pada bulan Jun, diikuti dengan single terbaru (Julai – Ogos) dan album penuh (September).

NEXT READ : Lihat 9 Foto Transformasi Lisa Manoban

Published by
FZ