Kecemerlangan demi kecemerlangan dituai oleh penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri di Arena Danbe, Budapest Hungary.
Dhabitah yang merupakan sebahagian daripada skuad terjun negara yang kini berada di Kejohanan Dunia Budapest 2022 terlebih dahulu meraih podium pertama kejohanan dunia dalam kariernya apabila memenangi pingat gangsa bersama gandingan, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, baru-baru ini.
Umpama mimpi indah yang akhirnya bertukar realiti, Dhabitah menganggapnya sebagai satu kenangan manis yang sukar dilupakan. Mereka mengutip 298.68 mata, hanya 0.72 mata di belakang gandingan Amerika Syarikat. Manakala pingat emas menjadi milik China yang juga merupakan gandingan juara Sukan Olimpik Tokyo dalam acara sama, tahun lalu.
“Ini adalah pingat pertama saya dalam kejohanan dunia dan saya sangat bersyukur mempunyai rakan gandingan yang baik (untuk) mengharungi saingan dalam acara ini,” kongsinya.
Sumber Foto : Instagram @dhabitahsabriSebelum ini, Dhabitah pernah beraksi di tiga penampilan kejohanan dunia berbeza iaitu di Kazan 2015, Budapest 2017 dan Gwangju 2019.
Tambahnya lagi, dia tidak dapat melakukannya tanpa bimbingan jurulatih selain pasukan sokongan di lokasi pertandingan dan di tahah air.
Ads
*
Baru sebentar tadi, Dhabitah bersama gandingan berbeza iaitu Wendy Ng Yan Yee telah melayakkan diri ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal seirama wanita pula.
Kejayaan ini ibarat misi ‘balas dendam’ pasangan tersebut setelah mereka gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk acara yang sama.
Dengan memungut 272.97 mata, Dhabitah dan Wendy menempatkan diri dalam senarai 12 terbaik. Begitupun, mereka tidak boleh duduk selesa memandangkan dua terjunan pertama yang dilakukan tidak mencatatkan kutipan markah yang tinggi.
Ads
“Sudak lama kami tidak bergandingan. Jadi dalam pusingan kelayakan, saya berpendapat persembahan kami tidaklah seteruk mana. Saya berharap kami boleh teruskan momentum pada peringkat akhir,” ulasnya yang bersiap-sedia memburu kedudukan podium keduanya di Budapest pada kali ini.
ALL THE BEST buat Dhabitah dan Wendy Ng!
Terdahulu, Pandelela membuktikan dirinya masih bertenaga untuk mengharumkan nama Malaysia setelah memperolehi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata kerja ganda ialah kata kerja yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau keseluruhannya. Kata kerja ganda dapat dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan penuh, penggandaan separadan penggandaan berentak. Kata kerja ganda mempunyai maksud tersendiri berdasarkan kata yang digandakan itu, seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
Maksud kata kerja ganda
Contoh
Perbuatan saling berbalas
bersalam-salaman, berkasih-kasihan
Sering atau berkali-kali
menggaru-garu, melambai-lambai, kumat-kamit
Perbuatan yang berlarutan
mengata-ngata, tergila-gila, berangan-angan
Perbuatan bersungguh-sungguh
bertungkus-lumus, memporak-poranda
Perbuatan untuk bersantai
duduk-duduk, bersiar-siar, berehat-rehat
Contoh ayat yang menggunakan kata kerja ganda:
Pak Mat menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.
Kami sekeluarga keluar makan-makan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Haziq baring-baring di atas tikar mengkuang di serambi rumahnya.
Mata Shamimi terkebil-kebil melihat artis yang sangat diminatinya itu berada di depan mata.
Amir dan adik-adiknya mandi-manda sepuas hati di sungai di belakang rumah nenek mereka.
Setiap kereta yang lalu-lalang di Jalan Bintang tentu akan terpandang rumah banglo yang menyeramkan itu.
Jenny bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja yang akan dihantar kepada pensyarahnya esok.
Dalam ayat (1), (4) dan (6) di atas menunjukkan pelaku melalukan sesuatu perbuatan itu secara berulang-ulang. Pak Mat melakukan perbuatan menggaru tersebut secara berulang-ulang kali. Manakala dalam ayat (2), (3) dan (5) pula menunjukkan perbuatan lebih santai. Ayat (7) pula menunjukkan satu perbuatan yang bersungguh-sungguh.
Justeru, bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan penggunaan kata ganda ini, kita perlu memahami maksudnya terlebih dahulu sebelum menggunakannya sama ada melalui ucapan mahupun penulisan.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja dan Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Noor Zila binti Md. Yusuf
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih tidak terlewat untuk ucapkan tahniah buat Nynaa & suami!
Bagaikan sudah lama tidak mendengar khabar peserta Dewi Remaja 2019 seorang ini. Seorang yang pandai ‘berahsia’ juga ya, akhir bulan lalu aktres cantik manis ini memaklumkan dirinya sudah berbadan dua dan menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon Nynaa Harizal berkongsi khabar gembira apabila sudah genap tujuh hari dia dan suami tercinta yang juga usahawan, Fahmi Ilyas, menimang cahaya mata pertama mereka.
Dalam hantaran dibuat Top 3 Dewi Remaja 2019 itu, bayi yang tidak didedahkan jantinanya selamat dilahirkan pada 29 Januari lalu.
“Alhamdulillah for everything. 29.1.23 , #7DaysOld,” coret bintang meningkat naik itu.
Khabar gembira berkenaan turut diumumkan suaminya menerusi platform yang sama, dengan memaklumkan mereka kini sudah bertiga.
“Now we are three…. 29.1.2023,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Tentunya kehadiran orang baharu sekaligus menyuntik rasa teruja para pengikutnya termasuk rakan artis yang mendoakan ibu dan anak dalam keadaan sihat selain tidak sabar melihat wajah bayinya itu yang masih belum didedahkan umum.
Untuk rekod, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kebaya menjadi salah satu identiti busana yang cukup sinonim dengan Malaysia. Pelbagai jenis rekaan kebaya menjadi pilihan sebagai contoh kebaya pendek, kebaya labuh, kebarung dan juga kebaya nyonya.
Namun tahukah anda, busana ini bukanlah eksklusif untuk masyarakat negara kita sahaja bahkan ia merupakan pakaian yang sudah turun temurun digayakan oleh wanita di rantau nusantara. Jadi tidak hairanlah jika ada pelbagai jenis rekaan kebaya yang boleh anda lihat di luar Malaysia.
Wakil Thailand ke pertandingan ratu cantik menggayakan kebaya wanita selatan Thai.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama dengan Brunei, Singapura dan Thailand telah bersepakat untuk mengangkat kebaya sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.
Persetujuan yang dicapai untuk bersama-sama membawa seni ini sebagai satu warisan bersama menonjolkan kesepakatan dan juga sikap yang saling menghormati antara satu sama lain dalam mencapai objektif kebaikan, terutamanya dalam melindung warisan sejak berzaman.
Walaupun empat negara ini yang telah bersetuju, menurut kenyataan mengenai perkara ini, mereka turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama itu.
Kebaya dilihat menepati definisi elemen warisan, kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...