Dua Lipa & Blackpink in your area!
Beberapa minggu lalu peminat muzik di seluruh dunia cukup heboh memperkatakan tentang berita kolaborasi dua artis popular dari dua benua berbeza.
Kedua-duanya kini merupakan artis yang bukan sahaja mempunyai pengaruh sangat luar biasa di kalangan netizen tetapi sangat berbakat besar.
Nama Dua Lipa dan Blackpink tidak perlu lagi REMAJA perkenalkan dan kini impian peminat untuk melihat mereka berkolaborasi akhirnya menjadi kenyataan. Pada hari ini, Dua Lipa menerusi albumnya, ‘Complete Edition’ telah dilancarkan dan turut memuatkan sebuah lagu istimewa berjudul ‘Kiss and Make Up’.
CUBA KUIZ INI: Ahli Blackpink Yang Manakah Korang?
Dilancarkan serentak di seluruh dunia pada hari ini, ia merupakan sebuah dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Korea dengan konsep dance track, rap dan juga pop.
Ini merupakan kolaborasi pertama mereka dan juga pertama kali menyaksikan kesemua ahli Balckpink sebagai unit muncul dalam album mana-mana artis.
Pengenalan single ini seperti yang REMAJA jangka telah menjadi topik paling trending di seluruh dunia terutamanya di Twitter.
Rata-rata peminat Dua Lipa dan Blackpink sangat teruja dengan single yang cukup istimewa ini. Dan tak salah REMAJA katakan bahawa mereka hampir ‘memecahkan’ Internet pada hari ini.
Korang dah dengar lagu baru Dua Lipa dan Blackpink ini? Apa pendapat korang?
Bagi REMAJA ia sebuah lagu yang sangat catchy dan bakal menjadi hits di pelbagai carta seluruh dunia!
Rider Food Panda & Grab Mogok 24 Jam, Jangan Pelik Makanan Tak Sampai Hari Ini!
Rakan penghantar gig termasuklah foodPanda, Lalamove, grab food, Shopee Food, EASI, Borzo, Sama-Sama Lokal, Misi Rakyat dan airasia food merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan tempahan dan penghantaran makanan terus kepada pengguna.
Mereka ini sangat berjasa kepada semua rakyat Malaysia tambahan lagi ketika pandemik semasa kita semua terkurung di rumah dahulu. Namun, rakan penghantar kita ini mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan mogok pada 5 Ogos 2022, hari Jumaat (hari ini).
ARTIKEL BERKAITAN :Abang GRAB Kipaskan Makanan, Biar Sejuk Untuk Anjing Makan! Siap Tuangkan Air
Dalam poster yang tular di platfom-platfom media sosial hari ini, tanda pagar #naikkanfare, #grabsembelihrider, #fpsembelihrider dimuatkan dalam poster.
Malah tanda pagar #24jamoff, #24hourofshift dan #offsehari menandakan bahawa rakan penghantar gig itu tidak akan menjalankan operasi mereka untuk tempoh sepanjang hari ini.
Tindakan mogok diambil sebagai tanda protes kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang didakwa tidak adil. Tular di media sosial poster yang menggesa kedua-dua platform penghantaran makan ini supaya menaikkan bayaran kepada rakan penghantar di platform mereka dan meminta orang ramai untuk tidak melakukan pesanan sepanjang hari sebagai tanda solidariti.
Ini bukan kali pertama tindakan mogok diambil oleh rakan penghantar di Malaysia. Pada tahun 2019 rakan penghantar Foodpanda turut melakukan mogok kerana syarikat didakwa tidak memberikan bayaran yang setimpal.
Semoga mogok yang dilakukan oleh pihak rakan penghantar makanan kita ini berjaya mencapai matlamatnya.
BACA : “Ingat Sumpah Ikrar Kita..” Dr Noor Hisham Gesa Doktor Kontrak Jangan Terus Mogok
Sumber : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Peminat Bola Sepak Kecewa 21,000 Tempat Duduk ‘Hilang’, KBS Berjumpa Perbadanan Stadium
Selepas Harimau Malaya layak untuk perhitungan separuh akhir menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, keterujaan para penyokong sukar dibendung lebih lagi perlawanan itu bakal berlangsung pada cuti hujung minggu.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Stuart Wilkin, Atlet Kacak Kacukan England-Malaysia. Jaring 2 Gol Bantu Malaysia Kalahkan Singapura
Namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan hanya 59,000 tiket ditawarkan daripada 80,000 kapasiti tempat duduk ditawarkan kepada peminat Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF 2022.
Difahamkan, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikorbankan’ gara-gara dihalang oleh struktur pentas konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
KBS Bertindak
Sementara itu, Menteri KBS Hannah Yeoh, menjelaskan update terkini tentang isu tersebut.
Kita masih dalam proses perbincangan.. ~ YB @hannahyeoh #BukitJalil#HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/OnaPLV2oZq
— Twt_BukitJalil 🏟 (@twt_bukitjalil) January 5, 2023
Hannah Yeoh menyatakan bahawa KBS sedang berbincang dengan pihak perbadanan stadium mengenai isu 21,000 tempat duduk yang terpaksa ditutup. Berdasarkan kenyataan beliau, para peminat berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera agar Stadium Nasional Bukit Jalil “full house” dengan sokongan padu penyokong Harimau Malaya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau Kerja Ejen Online Jangan Suka-Suka Kutip Duit Deposit Dari Pelanggan, Peguam Ini Bagi Nasihat Sebab…
Dalam usaha kita mencari wang dengan mudah dan cepat, banyak bisnes online yang menawarkan sama ada penjualan produk, menjadi ejen dan sebagainya.
Hati-hati ya gais dengan sebarang tawaran kerana ramai ejen yang ditahan dan di penjarakan kerana mengambil deposit wang dari orang ramai sedangkan ini satu kesalahan besar.
Jadi, sebelum korang nak cari duit lebih atau dapat duit dengan cara mudah, hadam dulu tulisan peguam, Nor Zabetha yang menulis di fbnya. Memang sedihlahkan kalau kita dituduh sedangkan master mind hidup senang lenang.
Kebiasaannya kalau telefon saya, dihubungi lewat malam dari nombor yang tidak saya kenali saya pasti ada berlaku tangkapan. Pasti ada yang memerlukan khidmat saya untuk mewakili ahli keluarga yang ditahan. Pagi Sabtu, saya terima panggilan seawal jam 6.58 pagi, nombor yang saya tidak kenali.
Dia maklumkan yang isterinya ditangkap semalam. Isterinya sendiri telah ke balai untuk menyelesaikan dakwaan-dakwaan dan laporan polis-laporan polis yang dibuat terhadapnya. Si isteri bawa anak mereka berusia 14 bulan. Masih menyusu dan langsung tidak minum susu formula.
Selepas disoal siasat, polis terus menahan dia di lokap. Polis benarkan si anak berada dengan si ibu semalaman di lokap. Bagi bayi berusia kurang 2 tahun, kebiasaannya memang diberikan sedikit kelonggaran begitu dan jika diizinkan oleh pegawai yang mengendalikan kes atau ketua balai. Dalam tegas ada lembutnya pegawai penguatkuasa di Malaysia ini.
Saya diminta oleh si suami untuk mewakili isterinya di Mahkamah, untuk meminta pengurangan reman. Kebiasaannya saya dah tetapkan jadual harian saya, kes-kes ‘last minute’ begini sukar juga hendak saya terima. Tetapi memikirnya tentang risaunya ahli keluarga dan kasihankan bayi yang bersama dengan si ibu.
Saya akur dan terus bersiap-siap ke Mahkamah untuk pendengaran reman. Tangkapan dibuat sekitar lewat malam, jadi polis perlu dapatkan perintah dari mahkamah untuk menahan lanjut maksimum 4 hari bagi kesalahan anak guam. Saya akan memohon untuk dikurangkan jangan sehingga 1 hari sahaja.
Sebelum ditahan, wanita ini pernah temui saya dan hubungi saya. Semuanya bermula dengan perniagaan di sosial media. Bahaya bisnes online ini yang menyebabkan anda boleh disabit kesalahan tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda tak melebihi RM50,000,000.00 atau kedua-duanya sekali, sebenarnya adalah cara pengambilan deposit dari pelanggan itu. Nanti saya akan terangkan lanjut.
Anak guam saya ini, hanyalah merupakan ejen yang mengutip wang dan diberikan kepada ‘supplier’. Ini bukan kali pertama saya dirujuk dengan kes begini. Sebelum ini, ada ejen-ejen yang merujuk kepada saya bagi jualan tiket penerbangan murah, ejen-ejen jualan pampers, ejen-ejen jualan telefon murah yang kesemuanya dikejar oleh pembeli-pembeli. Mereka tidak dapat memberikan produk yang dijanjikan kepada pelanggan-pelanggan setelah menerima wang.
Kegagalan menyerahkan barangan ini , akan menimbulkan kemarahan pelanggan. Maka, pelanggan membuat laporan polis. Setelah banyak laporan yang diterima terhadap individu yang sama, polis akan memulakan siasatan dan membuat tangkapan reman untuk membantu siasatan.
Sebenarnya dalam kes-kes begini, akan ada satu ‘master mind’ atau si penyangak utama yang menjanjikan harga durian runtuh.
Contohnya pembelian tiket penerbangan murah, harga yang ditawarkan sangat murah berbanding harga sedia ada. Untuk memasarkan strateginya, si penyangak akan mencari ejen-ejen dan menjanjikan kepada ejen-ejen ini pulangan hasil jualan yang lumayan.
Bukanlah juga salah ejen-ejen, mereka juga hanya cari makan. Maka, ejen-ejen ini pun mula mencari pelanggan dan menjual barangan murah ini. Tetapi si penyangak bijak, dia akan menyuruh wang-wang deposit atau tempahan dimasukkan dalam akaun ejen-ejen. Ejen-ejen akan dijadikan ‘puppet’.
Kebiasaannya bagi tempahan awal, pelanggan-pelanggan akan dapat apa yang ditempah dengan harga yang dijanjikan. Setelah pelanggan-pelanggan meletakkan kepercayaan dan bayaran diterima jutaan ringgit dari setiap ejen, si penyangak akan cabut lari.
Untunglah si penyangak, kerana dia sendiri tidak berurusan ‘direct’ dengan pelanggan, duit yang dimasukkan juga tidak ‘direct’ kepadanya. Maka, ejen-ejen yang akan menghadap kata-kata makian dan kemarahan pelanggan dan ejen-ejen akan disabitkan kesalahan. Bijak bukan master mind ini?
Begitulah yang berlaku dalam kes anak guam saya ini. Setelah anak guam saya dan beberapa ejen mendepositkan jutaan ringgit kepadanya, dia tidak lagi dapat dikesan. Maka, yang perlu hadap segala kata-kata marah dan makian dari pelanggan adalah wanita ini.
Tidak salah pelanggan juga, mereka hanya mahu hak mereka dikembalikan.
Zaman ekonomi ini bukan senang hendak ‘survive’. Tidak salah pelanggan juga, mereka hanya tahu tentang ejen dan wang yang dibayar adalah kepada ejen, apa yang berlaku di antara ejen dan ‘master mind’ bukan dalam pengetahuan mereka. Manalah tahu ejen juga bersuhabat, kalau saya jadi pelanggan saya pun bersubahat. Kalau saya, saya mungkin juga fikir begitu.
Hairan, orang kita ini. Pandai meniaga, rajin juga bekerja. Buat marketing bukan ribuan ringgit kadangkala sampai jutaan ringgit, tetapi dokumentasi tidak ada. Kamu kutip dari orang ramai ratusan ribu ringgit, dimasukkan dalam akaun kamu.
AKAUN PERIBADI dan masukkan kepada akaun pembekal tanpa sedikit pun hitam putih! Tidak ada lansung Perjanjian! Bila dah ditangkap, melopong tak ada bukti. Katanya duit dah diserah pada pembekal, pembekal pula cabut lari! Nasib baik anak guam saya simpan segala transaksi pindahan wang dari akaunnya kepada pembekal, tetapi polis masih perlu siasat. Dia masih perlu ditahan.
Terperanjat saya masa bertanya kepada ejen-ejen jualan tiket kapal terbang murah yang jadi viral kerana kes ‘master mind’ cabut lari. Seorang ejen, boleh menjual harga paling minimum RM1 juta ringgit. Masih tak ada hitam putih, buta-buta dimasukkan dalam akaun ‘master mind’. Saya dengar dalam kes ini master mind terima puluhan juta ringgit!
Berniaga online ini, mungkin nampak mudah tetapi risikonya kalau tak kena gaya, boleh menjerat. INGAT! ANDA TIDAK BOLEH AMBIL DUIT DEPOSIT KALAU ANDA TIDAK BERLESEN.
Menjadi kesalahan di bawah Seksyen 137 (1), Financial Service Act 2013. Tiada pihak yang boleh mengambil deposit tanpa lesen tidak kiralah bagi tujuan hutang, pendahuluan, pelaburan, simpanan dan lain-lain. Hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda RM50,000,000.00.
Sempat saya bersembang dengan pegawai polis yang mengendalikan kes anak guam saya. Katanya, kes ini banyak dia kendalikan. Semuanya mengambil wang deposit dari pelanggan. Salah! Katanya “Isteri saya juga berniaga jual kek, pesanan dibuat secara online. Dia tidak ambil deposit. Jadi selepas tempahan dibuat, dia akan serahkan kek kepada pelanggan. Baru dia terima bayaran. Cara begini boleh”.
Sebenarnya pening juga jadi peniaga ini. Kalau tidak ambil deposit, tempahan sudah dibuat, kek sudah siap tersedia. Tiba-tiba pelanggan tidak datang ambil! Rugi juga. Kadang-kadang, deposit itu tanda jadi atau syarat pelanggan beri komitmen. Kalau tidak ada pengambilan deposit juga, amat sukar untuk golongan peniaga! Haih…Mungkin boleh tetapi jumlahnya janganlah keterlaluan dan transaksi yang begitu mencurigakan. Jumlah yang masih logik akal untuk membela diri.
Tetapi dalam kes-kes seperti yang anak guam saya alami, dia akan disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menipu dan memperdayakan untuk meraih keuntungan. Selain itu, dia juga boleh didakwa kerana kesalahan mengambil deposit secara salah. Kasihannya wanita ini telah banyak laporan polis yang dibuka terhadapnya, maka dia akan dibawa lokap demi lokap di setiap negeri untuk tujuan siasatan.
Saya telah minta kebenaran agar bayinya itu diberikan kebenaran untuk menyusu. Tidak pernah minum susu formula. Semalam si bapa cuba berikan, dia tidak mahu dan merenggek. Bukan apa, tidak sesuai tempat begitu untuk bawa masuk bayi. Si ibu perlu menyusu dengan berpakaian lokap, si ibu pula duduk bercampur dengan banduan lain kadangkala ditangkap kerana kes pelacuran, dadah atau curi. Haihhhhh..
Saya hendak berpesan kepada golongan peniaga, dalam usaha kita mencari wang, jangan terlalu ghairah takut tersalah jalan. Berhati-hati. Jangan mudah terpedaya. Dapatkan nasihat dari teman-teman sekeliling atau yang pakar. Bagi pembeli-pembeli online, tolonglah lebih berhati-hati jangan sampai anda putih mata. Semak latar belakang penjual , jangan sewenang-wenangnya!
Sekian,
Peguam Anda
Kredit stori :- Nor Zabetha