Penantian BORN PINK Berbaloi! Album Kedua Blackpink Dominasi Carta, Pecah Rekod

Share

 

Blackpink kekal diminati dan tidak berganjak daripada radar hiburan antarabangsa.

Baru sahaja meluncurkan album kedua mereka, Born Pink pada 16 September lalu bersama-sama single kedua berjudul Shut Down, ia telah meraih sambutan hebat daripada peminat dan pendengar antarabangsa hingga berjaya mencatat sejarah tersendiri.

Sebaik menemui pendengar, baik album Born Pink mahupun trek tersebut telahpun mendominasi carta iTunes di pelbagai negara. Tambah membanggakan para Blinks, Shut Down kini menduduki tangga pertama dalam carta Global Top Songs di Spotify sekaligus menjadi lagu kedua Blackpink yang menjuarai carta selepas lagu Pink Venom

, bulan lalu.
Blackpink is here to stay (and conquer)! (Dari kiri) : Jisoo, Jennie, Lisa & Rose terus menakluk pasaran muzik pop dunia.

Pencapaian ini mungkin kedengaran biasa memandangkan populariti luar biasa yang dimiliki Blackpink.

Namun, ia sebenarnya telah menjadikan kumpulan yang diwakili oleh Jisoo, Rose, Jennie dan Lisa ini sebagai artis K-pop pertama yang mempunyai dua buah lagu pada kedudukan teratas dalam carta Spotify. Belum pernah kumpulan K-pop lain memiliki pencapaian seakannya sebelum ini.

 

Peminat Di Amerika Syarikat Melangkaui Peminat Di Korea Selatan

Menariknya, Shut Down yang distrim sekerap 6.6 juta kali pada hari pertama ia diluncurkan telah menarik perhatian luar biasa daripada para Blinks di Amerika Syarikat.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,037,386 strim hadir daripada negara Uncle Sam itu, mengatasi Korea Selatan. Ini bagaimanapun tidak bermaksud sokongan yang diterima Blackpink daripada negara asal mereka ‘suam’ semata. Cumanya, pasaran muzik pop dunia lebih meluas di Amerika Syarikat.

Sebanyak 1,011,266 keping album terjual pada 16 September lalu dan tentunya jumlah tersebut telah meningkat naik sepanjang 3 hari lalu.

Di samping itu, penerimaan peminat terhadap album Born Pink juga tidak mengecewakan apabila jumlah jualan pada hari pertama ia diluncurkan melebihi jumlah sejuta! Berbanding dengan jumlah jualan album sebanyak 589,310 menerusi album sulung mereka, The Album pada tahun 2020, Born Pink telah mencatatkan jualan hampir selipat kali ganda.

Ia secara tidak langsung menjadikan Blackpink sebagai artis wanita pertama yang berjaya melakukannya. Sebelum ini, hanya kumpulan BTS dan SEVENTEEN yang pernah mencatatkan rekod jualan melebihi sejuta pada hari pertama ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Kuasa Asia! K-pop Tawan VMAs 2022 Menerusi Blackpink, BTS & Seventeen – REMAJA

Ternyata, penantian peminat dan YG Entertainment untuk menyaksikan kemunculan semula Blackpink dengan album baharu selepas dua tahun amat berbaloi.

BACA LAGI : Penangan Jennie Blackpink, Jersi Manchester United Terus ‘Sold Out’! – REMAJA

Sumber : (1) (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ