“Penarikan Kerana Melanggar Kontrak Perjanjian”, Bukan Haneesya Saja Yang Kena Tindakan

Share

 

Bukan saja gelaran juara yang ditarik, malah gelaran sebagai finalis juga gugur begitu je..

 

Insiden video kontroversi tular yang melibatkan pemenang pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee dan beberapa lagi orang finalis lain mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Haneesya menyerahkan semula hadiah dan gelaran yang dimenanginya kepada pihak penganjur dan pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv Sdn Bhd yang diwakili oleh Editor Remaja, Faiz Aimman.

Ada yang berpendapat perbuatan Haneesya tersebut melampaui norma seorang peserta muda yang sedang bertanding untuk menjadi wajah role model

kepada remaja seluruh Malaysia.

Ada juga yang berkata insiden berlaku atas kekhilafan diri sendiri dan dia telahpun mengakui kesalahan tersebut melalui sidang media yang dianjurkan sekitar tengah hari tadi. Lalu, penarikan tersebut dilihat seakan tidak adil buat Haneesya yang telah melakukan yang terbaik sepanjang berlangsungnya pencarian Dewi Remaja.

BAGAIMANAPUN..

Perbuatan tersebut nyata melanggari klausa kontrak yang telah ditanda tangani oleh para peserta sebelum mereka mula bertanding untuk episod pertama.

BACA: Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula

Di bawah salah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang telah mereka persetujui, ia melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta Majalah Remaja DAN yang menjejaskan reputasi para peserta sendiri.

Pemenang Tempat Kedua, Tia Sarah datang memberikan sokongan kepada rakannya ini.

Lantas setelah menyiasat, pihak penganjur mendapati insiden tersebut berlaku semasa para finalis masih berada dalam peringkat pertandingan dan tindakan sewajarnya perlu diambil memandangkan syarat yang ditetapkan telahpun dilanggar.

Ini menjelaskan mengapa kemenangan dan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Haneesya Hanee terpaksa ditarik semula setelah tempoh 72 jam.

BACA: Pegang Status 72 Jam Saja, Gelaran Dewi Remaja Tersingkat Dalam Sejarah

Manakala bagi dua lagi orang finalis yang terlibat di dalam video itu iaitu Fazreen Fazeera dan Ernisha, gelaran finalis (Top 12) Dewi Remaja mereka juga terpaksa ditarik balik dan mereka dilarang daripada menggelarkan diri sebagai finalis pada masa akan datang.

Kami faham finalis Dewi Remaja kesemuanya masih muda dan baru ingin mengenal erti dunia. Namun, peraturan tetap peraturan, and it is there to turn them into disciplined and matured young ladies.

Kami doakan agar insiden ini dijadikan pengajaran bukan saja untuk pihak Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen Fazera. Tetapi juga pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa berwaspada dengan perbuatan diri sendiri. Kita mungkin berasa seronok untuk jangka masa sekejap tetapi implikasinya mungkin akan datang untuk meranapkan segala keseronokan itu.

Jumpa lagi pada edisi pencarian Dewi Remaja yang akan datang.

Published by
FZ