Dalam sedar atau tidak, isu pedofilia semakin meruncing dalam masyarakat kita. Kewujudan golongan sebegini boleh diibaratkan sebagai satu bencana dalam masyarakat kerana mengancam emosi dan nyawa kanak-kanak bawah umur.
.
Mereka bukan sahaja mencabul dan merogol kanak-kanak, malah ada yang bertindak mendera kanak-kanak sebelum melakukan gangguan seksual. Ya, sangat menakutkan. Terbaru, dunia dikejutkan dengan kisah kematian PEDOFIL Britain, Richard Huckle yang ditemui maut ditikam di dalam penjara. Kisahnya paling diingati kerana melibatkan rangkaian salah laku menjijikkan di Malaysia dan negara Asia.
Bekas guru bahasa Inggeris itu sedang menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan melakukan pencabulan ke atas ratusan kanak-kanak di seluruh dunia, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam kurungannya di penjara Full Sutton, East Yorkshire, England, pada Ahad lalu.
Kisah Pencabul kanak-kanak, Richard
Kes Richard Huckle, pencabul kanak-kanak bersiri yang ditahan pihak berkuasa antarabangsa baru-baru ini dipercayai telah menggunakan dark web untuk mengeksploitasi nafsu serakahnya terhadap kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia.
.
Richard, 33,yang berasal dari Kent, England, mengaku menjadikan lebih 200 orang bayi dan kanak-kanak dari golongan beragama Kristian yang miskin sebagai mangsa seksualnya antara tahun 2006 dan 2014.
Richard menggunakan identiti sebagai seorang sukarelawan yang membantu mengajar kanak-kanak gologan miskin Bahasa Inggeris, jurugambar bebas, serta terlibat dengan badan-badan amal kebajikan Kristian di sekitar negara Asia bagi tujuan mengaburi pandangan ibu bapa mangsanya serta orang ramai.
.
Di sebalik topeng yang dipakainya, Richard merupakan syaitan yang kerap merogol, meliwat, serta memaksa mangsanya memperkosa kanak-kanak lain.
Sejumlah 20,000 imej pornografi kanak-kanak ditemui dalam komputer riba milik Richard. Kesemua perbuatan jelik ini dirakam oleh Richard dalam laman dark web bernama The Love Zone yang hanya boleh diakses oleh golongan pedofil sepertinya. Dalam laman dark web terbabit, Richard menulis sebuah e-manual bertajuk Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide yang menceritakan kegiatan pencabulan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak.
.
Richard pernah menulis, “Saya menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang boleh diperkosa sepuas hati saya hingga jemu. Dia ibarat seekor anjing yang setia dan tiada siapa mempedulikannya. Kanak-kanak yang berasal dari keluarga miskin lebih mudah untuk didekati dan diambil kesempatan berbanding kanak-kanak dari keluarga kelas pertengahan.”
Sebagai ganjaran untuk gambar-gambar pornografi kanak-kanak yang dimuatnaik olehnya, Richard menerima bayaran dari admin dan pengunjung laman dark web tersebut dalam bentuk Bitcoin. Richard juga didakwa cuba meraih sumbangan orang ramai menerusi crowdfunding bagi meneruskan kegiatan kejinya di Malaysia dan negara Asia lain.
Sebagai Sumber Pendapatan
.
Selepas mengaku bersalah di Old Bailey kepada 71 kesalahan seksual termasuk merogol berganda. Dia kemudian menulis surat kepada mahkamah dan menyalahkan tentang kematangan dalam dirinya serta ‘nafsu jahat telah menarik dirinya ke jalan yang gelap’.
Mengaku Bersalah
Huckle, 33, mengaku bersalah atas 71 dakwaan pencabulan seksual ke atas 200 kanak-kanak di seluruh Malaysia selama sembilan tahun, dengan beberapa mangsa seawal usia 6 bulan. Pada Jun 2016, dia dijatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup. Bagaimanapun, itu bermakna, dia akan dibebaskan ketika usianya sekitar 50-an, kerana hukuman itu hanya menegnakan tempoh penjara minumum 25 tahun.
Dibunuh Dengan Pisau Buatan Sendiri
Memetik laporan Astro Awani, “Kelihatan Huckle seperti ditikam dengan pisau buatan sendiri. Belum pasti sama ada senjata itu sudah ditemui.” Seorang banduan telah ditahan oleh pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan.
Jadi pengajarannya, jangan ambil remeh perkara ini mungkin boleh terjadi terhadap ahli keluarga anda sendiri tanpa anda sangka. Serius la ada manusia yang perangai macam ni dan tidak berkemanusiaan. Mengigil tangan penulis baca kisah kezaliman Richard Huckle ni.