Wang Bukan Kayu Pengukur, Keputusan STPM 2020 Bukti Calon Keluarga B40 Mampu Cemerlang

Share

 

741 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 memperolehi keputusan PNGK (CGPA) 4.0 setelah keputusan diumumkan semalam. Menariknya, 554 daripada 741 calon itu atau 74.7 peratus merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40.

Dalam sidang media yang dikendalikan oleh ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu  Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly itu, beliau mengumumkan jumlah itu

 sedikit berkurangan berbanding STPM 2019 sebanyak 61 calon. Pada STPM 2019, seramai 802 calon berjaya memperolehi keputusan PNGK 4.00.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ini masih merupakan satu keputusan memberansangkan memandangkan calon STPM pada tahun lalu terpaksa berdepan cabaran persiapan serta ulang kaji secara atas talian.

Ternyata, wang bukan kayu pengukur kepada kejayaan pelajar. Walaupun mungkin berdepan kepayahan belajar secara atas talian tanpa kelebihan peranti canggih, pelajar B40 masih mampu cemerlang.

Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly.

“Secara keseluruhannya, pencapaian PNGK 3.09 meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon pada tahun 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 calon pada tahun 2020

“Seramai 23 calon memperolehi keputusan 5A dalam kesemua subjek yang diambil, sedikit menurun daripada 42 calon pada STPM 2019. Manakala, calon yang memperolehi PNGK 4.0 dengan mendapat A dalam kesemua 4 atau 5 subjek yang diambil juga menurun dari 802 orang pada tahun 2019 kepada 741 orang pada tahun 2020,” katanya pada sidang media secara maya.

Pencapaian 44,704 orang calon STPM 2020 juga dianggap setara dengan STPM 2019 kerana perbezaan pencapaian PNGK purata amat kecil iaitu hanya 0.01 mata saja. 

Bagi yang ingin menerima maklumat lanjut mengenai keputusan STPM 2020, korang boleh layari ke http://stpm.mpm.edu.my/stpmK. Manakala, sijil STPM 2020 pula akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan lagi.

Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua lepasan STPM 2020!

Published by
FZ