Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kucing juga perlu divaksin untuk mengelak jangkitan penyakit.
Tak hairanlah kalau si bulus sakit kita akan bergegas membawanya bertemu doktor vaterinar asal bulus menjadi sihat.
Tapi bagi korang yang lokasi rumah mungkin agak jauh bertemu doktor dan nak kos agak murah, carilah rumput Pendul yang banyak tumbuh meliar di sekeliling rumah kita.
Ianya sangat baik untuk merawat kucing yang sakit Parvo, selesema atau demam. Kucing yang hilang selera makan atau tak nak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.
Cara nak ubati juga mudah, rebuslah rumput pendul ini atau disebut juga pokok helicopter bagi sesetengah orang dan beri minum pada kucing. Insya Allah baik penyakitnya.
Untuk makluman korang, ada dua jenis seakan-akan sama. Tapi pokok pendul yang viral dan mampu jadi ubat pada bulus korang ialah daunnya ada tiga cabang sahaja dan Bunganya berwarna putih.
Kalau korang jumpa lain dari itu, lebih dari tiga cabang maksudnya ia bukan pokok pendul ya. Tak sesuai untuk kucing kesayangan korang tu.
Suatu ketika dahulu pokok ini pernah viral dan kembali viral semula.
Untuk perkongsian peminat bulus, rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh di celah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.
Ini cara nak buat air rebusannya:-
Kredit Boby Cat Shop