Permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia kini telah pun dibuka pendaftarannya kepada pelajar IPT yang tergolong dalam golongan B40. Menerusi program ini, mereka akan menerima sebuah peranti tablet untuk dimanfaatkan bagi tujuan pembelajaran di universiti.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata peranti yang akan diagihkan Jun ini dijamin berkualiti tinggi dari jenama terkenal. Ia juga dijamin sesuai untuk kegunaan pelajar dan telah diperakukan oleh beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Teknikal ICT.
Peranti itu juga telah melalui proses uji suai dan ada beberapa peranti dengan spesifikasi tertentu telah diberi untuk digunakan oleh sekumpulan pelajar bagi mendapatkan maklum balas.
Spesifikasi umum untuk peranti-peranti dibawah program ini juga telah diumumkan dan antaranya adalah seperti berikut:
○Skrin 10.1” Paparan HD, 1280×800
○ Android OS 10 dan ke atas
○ 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
○ Minimum RAM 4GB
○ Minimum storan 64GB
○ Slot SD Micro sehingga 256GB
○ Kamera hadapan minimum 2MP
○ Kamera belakang minimum 5MP
○ Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk
headset
○ Bluetooth 4.1 dan ke atas
○ WiFi 2.4GHz & 5Ghz
○ Bateri minimum 4500 mAh
○ Pengecas USB disertakan
○ Papan kekunci bluetooth disertakan
○ Pen stylus disertakan
Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai pukul 8 pagi hari ini.
Dianggarkan program ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 pelajar daripada keluarga B40 yang mengikuti pengajian seperti diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
So guys, sekiranya korang individu yang layak menerima bantuan ini, daftar segera!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=9DQhaU6VfAM
7 Selebriti Muda Buktikan Artis Pun Pentingkan Pelajaran & Educated!
Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi pada usia yang muda, 7 orang selebriti muda pilihan REMAJA ini membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
* * * * *
Mawar Rashid
Hari ini, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini telah membuktikan bahawa usaha adalah segala-galanya. Tak kisahlah dengan status Mawar sekarang yang sudah bergelar isteri serta ibu yang bakal menimang cahaya mata bersama suami Raf Yaakob, Mawar tidak menjadikan itu alasan untuk tidak memiliki segulung ijazah.
Dalam perkongsian instastory Dato’ Fazley Yaakob, beliau berkata, “Bang Long bangga sangat dengan Mawar. You deserve it all!”
Tahniah sekali lagi Mawar yang kini menjadi graduan Management & Science University (MSU).
* * * * *
Wany Hasrita
Bukan calang-calang jurusan yang diambil oleh penyanyi ini. Pada Ogos tahun lalu, Wany telah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan daripada Management & Science University (MSU), Shah Alam.
“Alhamdulillah saya sangat gembira kerana penat lelah selama 3 tahun terhasil juga. Cuma sedih sedikit kerana ayah tidak boleh berada di sini atas urusan kerja,” katanya.
“Sepanjang bergelar penyanyi, saya tak mempunyai masalah untuk pelajaran kerana segala bentuk persembahan dan promosi berlaku selepas tamat praktikal dan ujian.”
* * * * *
Juliana Evans
Mungkin kerana tempoh 4 tahun telah berlalu, ramai yang terlupa bahawa pelakon cantik, Juliana Evans pernah mencatatkan keputusan cemerlang untuk pelajarannya.
Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Jue kembali memuat naik foto di bawah pada hari ini untuk mengingatkan kepada semua orang bahawa semua orang boleh berjaya jika mereka fokus terhadap apa yang mereka lakukan.
“(Foto) ini akan selalu mengingatkan saya tentang susah payah, motivasi dan impian saya. Dan dengan pengorbanan, saya berjaya memperoleh impian. Fokus pada apa yang kamu impikan dan usaha sendiri (jangan harapkan usaha orang lain.”
“How I wish I can go back in time,” kata penuntut Western Michigan University ini.
* * * * *
Asyraf Aley
Seorang lagi pelakon yang mementingkan pelajaran walaupun kariernya sudah bermula. Memilih Taylor’s University sebagai alma mater untuk pengajiannya, Asyraf meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang sama-sama menyokong keputusannya untuk belajar dan bekerja pada masa yang sama.
Kata si tinggi lampai ini, “Terima kasih kepada semua rakan dan pensyarah yang telah membuatkan hidup saya di universiti lebih bermakna. Dan juga kepada kamu yang sentiasa memberikan sokongan, I am so grateful!
* * * * *
Mira Filzah
Tengok wajah Mira Filzah, mesti dah boleh agak Mira ni golongan terpelajar kan..? Hehe
2 tahun lalu, Mira telah membanggakan ramai pihak termasuklah ibu bapa, keluarga dan peminat semua dengan kejayaannya menamatkan pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Comel je tengok Mira pakai robe tu.
Mira yang pernah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak usia 17 tahun lagi mengambil jurusan tersebut kerana minatnya untuk menjadi usahawan.
* * * * *
Nadzmi Adhwa
Juga grad pada tahun 2016 adalah pelakon, Nadzmi Adhwa. Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik Dan Multimedia (fuh panjangnya!) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nadzmi juga bersyukur kerana penat membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya terbalas juga akhirnya.
“Tentunya, ibu bapa saya ingin saya berjaya dalam bidang akademik terlebih dahulu. Namun saya pula berlakon sambiil belajar kerana rezeki ada di situ.
“Memang kena gigih dan berusaha jika nak lakukan dua perkara dalam satu masa. Pelajaranlah jaminan untuk masa depan.”
* * * * *
Najwa Latif
Selalu kan kita nampak iklan Najwa Latif menyanyi secara busking di televisyen? Hehe. Itu adalah sebahagian daripada projek Najwa semasa menuntut di UniTAR dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris.
Najwa nampak tidak hentikan pelajaran di situ saja. Bermula September tahun lalu, Najwa memilih untuk meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana pula di Universiti Malaya (UM) walaupun dia pada mulanya ingin memilih United Kingdom.
“Saya batalkan hasrat untuk ke UK kerana memikirkan keluarga. Ibu seperti tidak sedap hati untuk melepaskan saya ke sana tambahan pula ia adalah kali pertama saya bakal ke tempat jauh dari keluarga.
“Saya tidak kisah di mana-mana saja, asalkan boleh belajar. Di UM, saya mengambil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TEaSL) pula.”
* * * * *
Sebenarnya, masih ramai lagi golongan selebriti yang berpendidikan. Antaranya termasuklah Hanis Zalikha, Lisa Surihani, Vanidah Imran, Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Safwan Nazri, Daiyan Trisha dan ramai lagi. Malah, ada juga yang sedang belajar seperti Atisha Khan (adik kepada Neelofa & vlogger di YouTube), Cupcake Aishah dan Johanis Sani (Vlogger & influencer).
Ternyata, pendidikan mengajar mereka untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Ernie Zakri Berjuang Dalam ‘Hijab Helmet’, Tolak ‘Hijab Bertocang’ Untuk Jaga Sensitiviti
Fesyen dan Anugerah Juara Lagu sememangnya berpisah tiada.
Sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) selama 38 edisi, pelbagai jenis fesyen dan gaya solekan pernah mewarnai pentas berprestij industri muzik tempatan itu. Rata-rata edisi pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu dua gaya ikonik yang akan kekal diingati dan disebut-sebut biarpun bertahun-tahun telah berlalu. (Hello gaun hati berlampu Ramlah Ram dari Juara Lagu 1988!).
Edisi ke-38 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 3 Mac lalu tidak terkecuali apabila beberapa fesyen unik yang digayakan oleh para pesertanya berjaya mencuri perhatian sehingga menjadi topik perbualan tular di media sosial.
Antara yang diperkatakan tentulah gaya menyerlah pelantun lagu Astana, Ernie Zakri yang juga merupakan persembahan penutup penuh gemilang.
Seperti tahun-tahun sudah, Ernie kekal setia dengan pereka fesyen duo, AMAZE bagi melunaskan gayanya di pentas AJL. Namun kali ini, Ernie tampil sedikit berbeza apabila persalinan serba merahnya dengan perincian lipatan fabrik (pleats) bukan hanya tampak elegan lagi menyelesakan.
Bahkan, gaya Ernie juga disebut-sebut dek aksesori berbentuk ‘hijab helmet’ dengan perincian manik kemas bagi melengkapi konsep sebagai pahlawan wanita yang bersedia untuk berjuang.
Ketika dihubungi REMAJA, penata gaya hijabnya, Nazrul Anas yang lebih mesra dengan pena media sosialnya, @nazlivingastyle berkongsi bahawa persalinan kali ini adalah buah minda Ernie sendiri baik dari segi baju, solekan hinggalah ke gaya hijabnya.
Utus pemenang kategori Vokal Terbaik AJL ke-32 dan AJL ke-35 itu, beliau ingin tampil ibarat pahlawan feminis dan seorang goddess di atas pentas. Ia bersesuaian dengan mesej Astana yang mengajak wanita agar bangkit semula, ibarat burung phoenix yang mengepakkan sayapnya dari celahan abu yang membukit.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari Laung Solidariti Buat Palestin, Ernie Zakri Ajak Wanita Untuk Kuat – REMAJA
“Input yang diberikan Ernie cukup mudah, beliau ingin tampil seperti pejuang. Busana oleh AMAZE sendiri sudah sarat dengan elemen warrior seperti perincian tali di bahagian hadapan. Jadi saya gabungkan pula dengan hijab ala topi gladiator. Begitulah idea wanita yang bersedia untuk berjuang untuk nasib kehidupannya.
“Ia merupakan intepretasi visual agar Ernie kelihatan gagah namun masih memberikan keselesaan maksimum untuknya beraksi,” kata Naz.
Menariknya, gaya hijab ini merupakan prototaip kedua yang diusulkan Naz bersama pasukannya selepas prototaip hijab pertama ditolak Ernie demi tidak menjentik sensitiviti masyarakat.
“Glam team Ernie menolak prototaip pertama secara baik kerana tidak mahu mengundang cemuhan. Prototaip untuk menampilkan hair extension dari bahagian atas helmet.
“Memandangkan Ernie merupakan seorang selebriti berhijab, elemen rambut palsu ini dilihat tidak bersesuaian dengannya. Seperkara lagi, ia sedikit over-the-top lalu menganggu gerak-gerinya nanti. Oleh itu, kami usulkan prototaip kedua dan ia merupakan padanan sempurna buatnya,” ujar Naz lagi.
Fun fact! ‘Hijab helmet’ tersebut disiapkan sehingga ke detik-detik terakhir sebelum Ernie melangkah naik ke pentas demi mendapatkan ukuran terbaik dari segi diameter kepalanya dan bahagian ‘inner ninja’ yang menutupi lehernya.
“Nasib baiklah Ernie menutupi AJL tempoh hari. Oleh itu, kami mendapat kelebihan masa yang lebih panjang untuk menyiapkannya for last touch ups.”
Menyentuh mengenai hubungan profesionalnya dengan Ernie Zakri sebagai penata gaya hijab, Naz bersyukur Ernie sentiasa memudahkan proses dari A-Z apabila mendapatkan perkhidmatannya.
“Kita rasa appreciated bila bersama Ernie dan pasukannya.”
“Tidak kiralah apa juga keputusan AJL yang diterimanya, seluruh pasukan Ernie akan selalu merasa puas kerana setiap individu telah memberikan kudrat sehabis baik.
“Beliau selalu memesan kepada kami to always do what you love and spread positivity. It is always fun to be a part of her team,” simpulnya.
Dalam perkembangan lain, Naz kini bersiap sedia untuk dua buah projek berskala besar yang bakal menjelang iaitu konsert Aina Abdul Bersama MPO (11 Mei) dan Ziana Zain Konsert 2024 (25 Mei).
FOTO: Haikal Shuib
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kami Bandingkan Samsung Galaxy Note10 Dan Note10+ Baru, Mana Lebih Berbaloi?
Bagi korang yang ternanti-nanti untuk menukar telefon pintar baru, pastinya korang excited untuk melihat model terbaru Galaxy Note10 & Note10 Plus yang dikeluarkan oleh Samsung, Sabtu lalu.
Tapi sedar atau tidak, kedua-dua model tersebut mempunyai banyak persamaan. Jadi nak pilih yang mana satu?
Jom kita bandingkan..
Skrin & Rekaan Luar
Tentunya, Note10 Plus mempunyai skrin yang lebih besar. Pada ukuran 6.8 inci, ia lebih BESAR daripada mana-mana model Note sebelum ini.
Skrin Note10 pula sebenarnya lebih kecil daripada Note9.
Jadi kalau korang merupakan seorang gamer atau suka menyunting (edit) video dan gambar, kami sarankan Note10 Plus. Tetapi, saiznya yang besar menyukarkan pengguna untuk memegang dengan satu tapak tangan.
PEMENANG: Galaxy Note10
Resolusi Skrin
Kedua-dua model telefon dilengkapi skrin AMOLED dan diperbuat daripada skrin terbaru Gorilla Glass 6.
Namun, Note10 Plus mempunyai resolusi yang lebih sharp iaitu 1440 x 3040 pixel berbanding 1020 x 2280 untuk Note10.
Tetapi bagi REMAJA, perbezaan tersebut tidaklah terlalu ketara.
PEMENANG: Galaxy Note10
Kamera
SAMA! Kedua-duanya mempunyai lensa dan sensor yang sama bagi menjamin kamera terbaik untuk telefon pintar yang pernah Samsung tawarkan.
Ia mempunyai 3 kamera di bahagian belakang jadi korang akan mendapat ultra-wide lens (16mp), wide-angle lens (12mp) dan telephoto lens (12mp). Untuk kamera depan pula adalah 10mp.
CUMA, Galaxy Note10 Plus boleh memberikan korang foto portrait dengan sensor ekstranya.
PEMENANG: Galaxy Note10+
Storage
Storage untuk Galaxy Note10 Plus adalah faktor pertama yang membezakan kelebihannya berbanding Note10.
Ia mempunyai RAM sehebat 12GB dan ruang 256GB/512GB berbanding Note10; 8GB (RAM) dan 256GB sahaja (ruang).
PEMENANG: Galaxy Note10+
Harga
Here comes the second difference.
Bagi korang yang mempunyai bajet lebih, Galaxy Note10 + (256GB) adalah pilihan yang lebih menguntungkan. Ia dijual pada harga RM4,199 (ya, mata kami pun terbeliak sekejap).
Jika 256GB tidak mencukupi dan inginkan storage sehebat 512GB, korang boleh mendapatkannya pada harga RM4,799.
NAMUN, rasanya Galaxy Note10 akan menjadi pilihan yang lebih popular di kalangan remaja dan mereka yang baru bekerja kerana lebih berpatutan. Pada harga RM3,699, Note10 adalah versi telefon pintar yang lebih baik berbanding model Note sebelum ini.
PEMENANG: Galaxy Note10
*
BACA: Malaysia Semakin Hampiri 5G, Ujian Kepantasan Di 5 Negeri Iaitu..
HEY GIRLS, WE’RE BACK!