Esok akan bermula perbicaraan kes saman fitnah dikemukakan pendakwah terkenal Bro Firdaus Wong Wai Hung ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim.

Ia merupakan kes saman fitnah di mana peguam terkenal itu telah membuat satu pernyataan di laman sosial. Dalam laporan tahun lalu, Firdaus berkata, saman fitnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana peguam kontroversi itu telah memfitnahnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

Ads

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” kata Firdaus dalam entri yang dimuat di fbnya (sumber Astro Awani))

Ads

Namun apa yang menariknya di sebalik kes saman ini, pendakwah yang juga baru dilantik sebagai Ikon Dakwah YADIM sempena Hari Terbuka YADIM di Kelantan berkata, dirinya tidak akan mengambil sesen pun jika menang kes saman itu sebaliknya 100 peratus akan disalurkan kembali ke jalan dakwah dan kebajikan.

Dalam satu entri dimuat naik difb sebentar tadi, Firdaus Wong menulis:
.
“Allahuma Ameen ke atas doa Siti Kasim. Semoga kemenangan pada pihak yang benar!
.
InshaAllah andai menang saman fitnah nanti, 100% dari pampasan akan disalurkan kembali kepada dakwah & kebajikan!
.
Sesen pun saya tidak akan ambil kerana tujuan saman fitnah bukan kerana mahukan duit tetapi cukuplah Muslim berdiam diri selama ini. Kita perlu mempertahankan hak & maruah kita mengikut Quran & Sunnah serta lunas undang-undang negara!

Ads

Apa pun perbicaraan akan berlangsung selama tiga hari mulai esok dan nantikan saja keputusan hakim.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI