Kata “pendalaman” dan “pedalaman” kelihatan serupa tetapi sebenarnya tidak sama. Walaupun kedua-duanya berasal daripada kata dasar yang sama, iaitu “dalam” namun penerimaan imbuhan apitan yang berbeza menyebabkan makna kata terbitan yang terhasil juga berbeza.
Apitan “pen-…-an” dalam kata ‘pendalaman’ membawa maksud proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Jadi, kata terbitan “pendalaman” bermaksud proses mendalamkan sesuatu. Sama juga halnya dengan kata terbitan “pendaulatan” yang bermaksud proses mendaulatkan.
Berbeza pula halnya dengan apitan “pe-…-an” pada kata “pedalaman” yang membawa maksud tempat atau kawasan yang khusus. Oleh itu, kata “pedalaman” bermaksud tempat yang jauh dari pantai. Begitu juga halnya dengan kata “petempatan” yang menerima imbuhan “pe-…-an” dan membawa maksud kawasan penduduk ditempatkan.
Berikut ialah contoh penggunaan kata “pendalaman” dan “pedalaman” dalam ayat:
Sekarang, sudah jelas tentang perbezaan antara kata “pendalaman” dengan “pedalaman”. Semoga penulisan ini memberikan sedikit penjelasan tentang kekeliruan yang berlaku antara penggunaan dua perkataan ini.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Rabahyah binti Tahir