Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pempengaruh yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril tampil mendedahkan pendapatan yang mampu diperolehi seorang influencer untuk sebulan.
Jelas Dr. Say, pendapatan tersebut bergantung kepada peringkat dan tahap seseorang influencer
itu berada mengikut jumlah pengikut di media sosial.@say_shazril0Ada follower sy curious jadi sy jawab persoalannya. Sy quit kerja gomen 2018 to be full time influencer jadi untuk 6 tahun ni pelbagai asam garam dah sy rasai. Apa yg ampa nampak hanyalah the tip of the iceberg tapi iceberg yg dalam ayaq tu hanya influencers je tahu kesusahannya. @dshazall mintak tumpang awak sebagai contoh ye?
“Baru-baru ini Dahlia angkut Mercs, jadi ada yang curious akan kemampuannya. Pertama sekali, Dahlia ini bukannya baru famous, IG dia ada 779,000 pengikut. Kiranya dia dah lama bertapak dalam dunia influencing ini.
“Okay secara purata, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,000 sebulan. Sebab apa besar range nya? Sebab influencer
ini ada banyak peringkat.“Nano influencers bila pengikut dia bawah 1,000, micro influencer pengikut 1,000 ke 100,000. Macro influencer pula dekat mana saya berada 100,000 hingga 1 juta. Mega influencer pengikutnya 1 juta ke atas,” jelasnya.
Namun, kadar bayaran seseorang pempengaruh itu juga turut dilihat menerusi ‘engagement’ di media sosial.
“Ia bukan hanya sebab pengikut, sebab pengikut sekarang boleh dibeli. Apa yang kebanyakkan client dan agensi nak tengok sekarang adalah pengikut dan juga engagement.
“Engagement ini senang kata macam mana interactive pengikut anda. Jadi kalau influencer ini charge 1 video RM5,000 memang tidak lah agensi atau client nak bayar.
“Berbalik kisah Dahlia, video-video dia semua beratus ribu tontonan, beribu tanda suka, komen pun banyak. Jadi dekat situ kita boleh dapat tahu engagement dia tinggi. Pula itu pengikut dia tinggi. Bila dua ini bersatu, maka keluarlah sebiji Mercedez,”
katanya lagi.BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: SAYS, TIKTOK DR SAY SHAZRIL