Mesti korang semua pernah merasai situasi pendrive terkena virus kan. So, apa yang korang buat?
Kami boleh katakan yang rata-rata daripada kita terpaksa reda untuk menerima kenyataan bahawa segala fail atau dokumen yang disimpan hilang begitu saja.
Sebenarnya, terdapat cara yang korang boleh cuba terlebih dahulu untuk dapatkan semula bahan yang ada dalam pendrive tersebut.
Macam mana nak dapatkannya balik? Jom kita try step by step yang telah dikongsi oleh page Hafiz Glass Tint ini.
1. Pertama sekali, check pendrive korang ada pada (H:) atau (G:). Kalau di (H:), kena ingat la ya
2. Search C:\Windows\System32\cmd.exe, lepas tu tekan enter
3. Selepas tekan enter, korang akan nampak tulisan background hitam ini akan keluar. Jangan panik, ni perkara biasa saja
4. Taip cd selepas ayat command C:\Windows\System32> tu ya. Seterusnya tekan enter
5. Kemudian, korang kan lihat paparan seperti ini keluar
6. Taip cd lagi dan tekan enter. Paparan akan bertambah menjadi C:\>
7. Seterusnya, taip H atau G mengikut semakan yang dibuat pada langkah pertama tadi
8. Tu diaa, dah bertukar dari C jadi H kan? Betul la tu kalau ikutkan pada kedudukan pendrive korang
9. Langkah seterusnya korang kena taip ayat ni selepas H:\> tu, iaitu attrib -s -h -r /s /d dan tekan enter. Tunggu sampai keluar bawah tu H:\>, kalau dah keluar padam pangkah saja paparan hitam ni.
Pergi My Computer buka la pendrive
10. Bila korang buka, semua yang kosong tadi dah jumpa balik. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Tapi kadang-kadang bukan semua pendrive yang kena virus boleh dapatkan semula. Ada juga yang dah buat macam ni pun tak boleh juga dapat balik. Kalau macam tu memang dah tak boleh buat apa-apa la.
Cuma, sekiranya berlaku seperti masalah pendrive tiba-tiba kosong dan disyaki ada virus, korang boleh try dulu cari ni okay?
Selamat mencuba!