Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi merupakan satu isu keselamatan awam yang harus disiasat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Semenyih, YB Nushi Mahfodz menerusi hantaran di akaun rasmi Facebook sebentar tadi berkata, adalah amat mengejutkan apabila penduduk memaklumkan kerja pengorekan menggunakan jentera berat telah bermula di kawasan berisiko tinggi di sana seawal 1 Syawal.
Ini berikutan tular tangkap layar mesej WhatsApp yang didakwa merupakan perbualan sesama penduduk Putra Heights Puchong. Tinjauan terhadap paparan mesej itu mendapati wujud amaran awal mengenai pencerobohan rizab Petronas sebelum kejadian pada Selasa.
Penyampai mesej itu turut memaklumkan tentang pembinaan bangunan di lokasi itu yang dibimbangi akan mencetuskan letupan besar.
Ads
Biarpun kesahihan tangkap layar mesej itu belum dapat dipastikan – sekiranya benar – Nushi Mahfodz berkata ia adalah satu bentuk kecuaian yang harus disiasat.
“Di lokasi sebegini, setiap kerja pengorekan wajib disertakan dengan Job Safety Analysis (JSA) yang lengkap – meliputi pemetaan paip, penilaian risiko, serta kehadiran penyelia bertauliah.
Ads
“Jika tiada JSA atau pematuhan terhadap protokol keselamatan, itu bukan sekadar kecuaian kecil – itu adalah pelanggaran serius terhadap tatacara kerja selamat dan boleh dianggap jenayah terhadap keselamatan awam.
“Sekiranya benar berlaku pencerobohan ke atas rizab Petronas, ini bukan isu teknikal semata-mata. Ini adalah kelalaian yang mencabuli keselamatan rakyat dan mendedahkan kelemahan sistem kawal selia di peringkat pelaksanaan,” catat Nushi.
Nushi Mahfodz
Tambah beliau, sekiranya dakwaan itu benar, kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembinaan tersebut wajar disiasat secara telus bahkan tindakan undang-undang perlu dikenakan tanpa kompromi.
Ads
Tragedi ini baginya juga perlu dijadikan satu titik perubahan dan bukan sekadar satu lagi berita yang akan dilupakan.
Terdahulu, media melaporkan seramai 112 mangsa membabitkan 49 buah kediaman telah terkesan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter.
Mungkin bagi sesetengah generasi muda ada yang tidak berapa mengenali sosok pelakon, Ezany Nizariff yang pernah popular dan sering muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama rantaian sebelum ini. Namun kini, kelibat aktor berusia 51 tahun itu sudah jarang membintangi mana-mana drama.
Menerusi laman sosial TikTok, pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu menjawab persoalan peminat dan warga internet yang sudah lama tidak melihat kelibatnya dalam industri hiburan.
Menjawab kepada persoalan yang diajukan, Ezany atau nama sebenar Mohd Zani @ Mohd Zohri Mohd Nizariff menjelaskan beliau kini mempunyai beberapa pekerjaan dan hanya akan berlakon jika ada masa yang sesuai.
“Ada beberapa pekerjaan yang perlu saya lakukan dan uruskan. Saya hanya berlakon jika ada kelapangan dan waktu yang sesuai, InshaAllah”
Kredit: BebasNews
Ezany yang popular menerusi drama Tanah Kubur dan Amukan Pocong itu kini berkhidmat sebagai seorang pengarah akademik di sebuah universiti selepas berjaya memperoleh lesen mengajar dari salah sebuah universiti yang berpangkalan di United Kingdom (UK).
“Sekarang saya adalah pengarah akademik dan mempunyai lesen dari London Examinations Board di UK. Saya peroleh lesen tersebut selepas jalani program sijil dan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang,” katanya.
Menurutnya lagi, lesen ini boleh digunakan di pelbagai negara seluruh dunia. Selain itu, Ezany juga menjelaskan beliau kini sibuk memenuhi undangan dalam program meningkatkan produktiviti pekerja.
Kredit: Instagram @ezanynizariff_official
“Saya dijemput untuk menjadi pensyarah bagi beberapa universiti dan kolej serta menjalankan program latihan untuk syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan lagi produktiviti pekerja mereka,” jelasnya.
Perkongsian Ezany itu telah tular di media sosial dan meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya kagum melihat beliau yang tetap mementingkan pendidikan di samping kerjayanya sebagai seorang pelakon sebelum ini.
Sekadar info, Ezany Nizariff sebelum ini melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Gloucestershire University United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menara Kuala Lumpur bakal disimbahi sinaran lampu hijau pada setiap malam setiap kali masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad berkata, idea pengcahayaan itu adalah salah satu usaha mereka untuk emndekati komuniti setempat terutamanya masyarakat Islam.
Biarpun cara ini ringkas tetapi ia bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.
Foto: Instagram Menara KL
“Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara Kuala Lumpur dalam menyumbang kepada masyarakat termasuk menyokong program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” katanya. Nazli ditemui dalam satu majlis bersama Media Prima.
Sempena bulan-bulan mulia akan datang, beliau turut berkongsi perancangan Menara KL termasuk menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan dan Syawal.
Selain itu, ia juga merancang menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk dan sesi iftar bersama anak-anak yatim serta golongan kurang berkemampuang pada bulan Ramadan.
Dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 10 malam, menara berketinggian 421 meter adalah sebahagian daripada ahli-ahli The World Federation of Great Towers iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 50 menara terkenal di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas pemain Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) tersohor tanah air, Soloz menyifatkan kemenangan team Selangor Red Giants (SRG) di Mid Season Cup (MSC) telah mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap industri e-sukan di Malaysia.
Kata Soloz atau nama sebenar Muhammad Faris Zakaria, beliau menitipkan harapan agar e-sukan di negara ini akan terus berkembang pesat sekali gus dapat diangkat sebagai salah satu sukan utama.
“Kita dapat lihat jumlah hadiah sekarang pun sudah semakin naik dari zaman saya dulu dari RM50,000 hingga sekarang dah masuk angka berjuta.
“Perkembangan ini saya rasa akan bantu ekosistem (sukan) di Malaysia sebab ia melibatkan nama negara di pentas antarabangsa,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran minuman baru Kopi Saigon Dark System Series.
Dalam pada itu, Soloz ketika ditanya perkembangan dirinya yang terkini menyatakan beliau merancang menubuhkan pasukan MLBB bersama rakan kongsinya yang lain untuk bersaing dalam saingan Liga Profesional MLBB Malaysia (MPL MY) musim ke-14 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.
“Untuk musim depan saya dan pemegang taruh yang lain dah beli slot KGE. Kita hanya beli slot sahaja, bukan ambil alih pasukan itu.
“Jadi nama apa, atau senarai pemain akan diberitahu kemudian dan kita akan buat pengumuman dalam masa terdekat,” tuturnya lagi.
Terdahulu, SRG berjaya mengharumkan nama negara apabila menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan di kejohanan MLBB 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad lepas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...