Penduduk Kampung Terkejut Ketulan Beku ‘Berbau’ Jatuh Dari Langit

Share

Selalu kita dengar bagai duit jatuh dari langit tapi lain pula apa yang berlaku di sebuah kampung kecil di English ni.

Memang ‘rare’ bila ketulan besar najis beku secara tiba-tiba jatuh dari langit. Alamak!!

Selalunya jika korang berada dalam penerbangan jarak jauh yang memakan masa belasan jam, sememangnya tidak sah kalau penumpang tidak pergi ke tandas pesawat untuk melepaskan ‘hajat’.

Namun, korang pernah terfikir tak kemana perginya semua sisa kumbahan manusia itu pergi dan dilupuskan?

Untuk pengetahuan semua tandas pesawat telah wujud sejal awal perjalanan udara diperkenalkan lagi dimana juruterbang perang kedua membuang air kecil dalam botol dan membuang air besar dalam kotak kemudian dilemparkannya keluar melalui tingkap.

Sehingga kini, sesetengah masyarakat masih percaya bahawa kapal terbang membuang najis berwarna biru yang beku ( blue ice) memalui udara.

Ini apa dialami oleh penduduk kampung apabila terdengar satu bunyi kuat kira-kira jam 10.30 malam Isnin lalu dan temui ketulan besar berkenaan di tepi jalan. Menurut laporan Portsmouth News, seorang penduduk, Louise Browne berkata ketulan tersebut berukuran kira-kira 50 sentimer persegi.

“Kami sedang bersiap untuk tidur dan tiba-tiba kami terdengar seperti ada orang membaling batu ke arah tingkap kami. Suami saya berkata ketulan ini pastu terjatuh daripada sebuah pesawat,” katanya.

Bau busuk menyelubungi kampung tersebut selepas ketulan itu mula cair dan ini meyakinkan penduduk ia mungkin terjatuh daripada tandas sebuah pesawat.

Insiden najis beku terjatuh daripada sebuah pesawat dilaporkan jarang berlaku namun ia dikenali sebagai ‘blue ice’.

Tambah Browne lagi, ketulan tersebut hampir terkena sebuah kereta.
“Nasib baik ketulan itu tidak terjatuh ke atas kereta berkenaan. Mujur juga tiada orang sedang berjalan di kawasan berkenaan pada masa itu. Jika tidak sudah pasti ia akan menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya kepada Latin Times.

Ini 3 fakta tentang tandas pesawat yang korang kena tahu!

  1. Pintu tandas pesawat sebenarnya boleh dibuka dengan mudah dari luar. Hanya dengan mengangkat tanda ‘WC’ dan tombol pintu ke posisi terkunci, pintu dapat dibuka. Tapi jangan sesekali melakukan perkara ini melainkan ada penumpang yang terkunci dari dalam dan memerlukan bantuan.
  2. Air dari tandas pesawat dikatakan sangat kotor. Malah, menurut artikel dari Wall Street Journal pada tahun 2002, para penyelidik mendapati air yang diuji dari 14 pesawat yang berbeza mempunyai sampel air yang mengandungi ratusan bakteria seperti Salmonella, Staphylococcus, bahkan larva dan telur serangga.
  3. Tandas merupakan bahagian pesawat paling kotor. Ini kerana tandas pesawat digunakan oleh manusia daripada pelbagai negara yang juga mempunyai berbeza attitude dari segi kebersihan.

Sumber : Astro Awani,

Published by
Nana