Macam-macam inisiatif perlu difikir bagi memastikan rakyat tidak ingkar perintah duduk rumah yang kebanyakkannya sedang dijalankan oleh hampir seluruh dunia.
Penduduk di wilayah Jawa Timur yang didapati ingkar arahan pematuhan penjarakan sosial bakal berdepan hukuman mengebumikan mayat mangsa koronavirus (Covid-19) atau membersihkan tempat awam.
Jawa Timur menyaksikan lonjakan jangkitan, menjadikannya kawasan kedua terburuk dilanda wabak di negara itu.
Di Tuban dan Sidoarjo, pentadbiran di kedua-dua daerah berkenaan giat mengendalikan pusat pemeriksaan untuk memantau pergerakan keluar masuk ke daerah itu.
Menurut ketua daerah Tuban, Fathul Huda seperti dilaporkan Arab News. Alternatif lain untuk sekatan sosial bagi individu yang melanggar penjarakan sosial berulang kali adalah menjadi sebahagian daripada pasukan yang mengebumikan mayat pesakit Covid-19.
Selain itu penjual dan pelanggan yang tidak memakai topeng muka di pasar pula akan diminta pulang.
Sidoarjo yang merupakan salah sebuah daerah yang mencatatkan jangkitan tertinggi virus di wilayah itu turut mengenakan peraturan sama.
Tuban dan Sidoarjo adalah sebahagian daripada bandar Surabaya di wilayah Jawa Timur yang mengenakan sekatan sosial berskala besar dan berpanjangan.
Sekatan itu dijangka tamat pada 8 Jun ini selepas ia dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak hujung April lalu.
Pergh, tak dapat bayanglah macam mana kena kebumikan mangsa Covid-19 sendiri. Seram!
Sampai begitu sekali pihak kerajaan perlu memikirkan jalan untuk menangani wabak COVID-19. Janganlah degil dan menyusahkan semua pihak. Beri kerjasama untuk sama-sama menghentikan penularan ini.
Sumber : Sinar Harian