Penemuan Mayat Terbiar Sendirian Dalam Rumah, Jiran Dedah Cerita Sebenar

Share

Baru ini tular di media sosial berkaitan penemuan satu rangka mayat yang sudah mereput dan menjadi tengkorak yang dikatakan berlaku di Kuala Krau Temerloh, Pahang. Ada mendakwa mayat bapa yang sakit mental ini ditinggalkan sendirian di rumah dan anak-anak tidak ambil peduli dan langsung tidak menjengah bapanya yang terlantar sakit.

Sebaik tersebar di media sosial, ramai menyelar anak kepada bapa   ini sebagai anak derhaka, tanggang moden kerana langsung tidak mempedulikan ibu bapa sendiri dan tidak mengambil tahu kerana sibuk dengan urusan pekerjaan.

Namun  di sebalik kisah mayat menggemparkan negara ini, ada yang mendakwa mayat ini sudah berada dalam keadaan sedemikian selama 3 bulan. Berbagai teori tersiar dengan pendapat masing-masing.

Penemuan mayat sudah mereput yang tular di media sosial baru-baru ini

Namun perkongsian seorang gadis di laman twitter atas nama aiinnnn yang membalas twitter @jebat_165 (Aku Sang Pendosa) beliau merungkai kisah tersebut kerana rumah keluarganya berhadapan dengan balai polis.

Menurut penjelasan aiinnnn di twitternya, mayat berkenaan sudah tiga tahun terbiar (bukan tiga bulan seperti tular).

Asalnya ada budak cari kucing dan terbau bau busuk. Dan dari situlah penemuan ke atas mayat ini bermula. Arwah dikatakan tidak sihat dan tiada siapa menjaganya. Dengan orang kampung pun tak banyak bercakap.

Asalnya budak cari kucing hilang sehingga membawa kepada pertemuan mayat ini. Orang kampung sangkakan arwah sudah tidak menetap di rumah itu lagi!

 

Orang kampung syak meninggal sebab lapar. Allah, moga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Tidak pernah berkahwin seperti diperkatakan di media sosial. So tiadalah istilah anak derhaka atau tanggang moden tak jengah ibu bapa ya.

Apa pun mari kita sedekah Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Sumber : Twitter Aku Sang Pendosa @jebat_165, aiinnnn @aiinnngggg

Published by
Almaswa Haji Che Ros