Lima tahun selepas kejayaan filem pertama, Pengabdi Setan bakal muncul dengan sekuel yang diberi judul Pengabdi Setan 2: Communion.
Tidak dinafikan negara jiran kita, Indonesia adalah antara yang sering menghasilkan filem-filem seram yang berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk di dalam pawagam mahu pun di hadapan kaca televisyen.
BACA: “Takut Nak Pergi Toilet!” – Pengabdi Setan Puaskan Hati Penonton Malaysia
Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan sekuel ini dan difahamkan filem Pengabdi Setan 2: Communion akan ditayangkan bermula pada 4 Ogos di Indonesia dan tayangan di Malaysia dijangka pada 11 Ogos depan.
View this post on Instagram
Wah, mesti ramai yang dah excited kan?
Menurut pengarah filem ini, Joko Anwar menjelaskan bahawa filem Pengabdi Setan yang terdahulu adalah sebuah cerita yang belum selesai dan memang mereka dari awal lagi sudah merancang untuk menerbitkan sekuel dalam beberapa chapter. Jarak lima tahun yang diambil memang agak lama, namun Joko berfikiran positif kerana ingin memberikan filem sekuel ini dengan naskhah yang lebih baik.
Menerusi trailer yang dilancarkan baru-baru ini, Pengabdi Setan 2: Communion dilihat lebih seram kerana bakal mengupas tentang pekerjaan Bapak (Bront Palarae) yang dikatakan misteri.
BACA: Senarai Filem-Filem Seram Indonesia Yang Best Untuk Korang Layan
Masih mengekalkan pelakon yang sama daripada filem pertama, Tara Basro, Bront Palarae, Jourdy Pranata, Endy Arfian dan turut menampilkan kemunculan Muzzaki Ramdhan, Fatih Unru, Ratu Felisha, Jourdy Pranata, Kiki Narendra, Nafiza Fatia Rani, dan Iqbal Sulaiman dalam dalam sekuel ini nanti.
Sama-sama kita nantikan Ogos ini untuk menyaksikan sambungan filem Pengabdi Setan yang pernah menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia lima tahun lalu.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE