Khas bagi peminat fesyen!

Bersedia untuk mempertingkatkan penampilan anda dengan menggayakan jenama pakaian wanita terkemuka,  Love, Bonito, yang baru sahaja membuka kedai utama mereka buat pertama kali di Malaysia baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat Tema ‘Pahlawan’, Behati Tampil Unik Dengan Koleksi Terbaharu Di KLFW 2023

Pengalaman Membeli-Belah Bak VVIP? Rasainya Sendiri Di Love, Bonito The Exchange TRX

Terletak di hab gaya hidup mewah, The Exchange TRX, kedai ini memenuhi ruang runcit premium yang berukuran 6,000 kaki persegi dan ia menjanjikan pengalaman membeli-belah yang selesa.

Untuk meraikan pembukaannya, Love, Bonito akan memberikan hadiah percuma kepada pelanggan yang membuat perbelanjaan minimum RM300 di cawangan baharu ini.

Ads

Pengalaman Membeli-Belah Bak VVIP? Rasainya Sendiri Di Love, Bonito The Exchange TRX

“Kami sering diberi sokongan oleh komuniti tempatan, dan kami ingin menguatkan lagi
usaha kami untuk memberikan pengalaman yang lebih holistik kepada pelanggan-
pelanggan kami di Malaysia,” kata Dione Song, Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito.

Dilengkapi dengan ciri-ciri yang tiada tandingan, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman yang lebih memuaskan dengan pengenalan sistem nombor giliran elektronik, bilik persalinan serta ruang istirahat.

Pengalaman Membeli-Belah Bak VVIP? Rasainya Sendiri Di Love, Bonito The Exchange TRX

Ads

Kedai utama ini tersedia dengan kemudahan yang dilengkapi inovasi terkini dengan ciri-ciri
canggih termasuk sistem nombor giliran elektronik, pertama seumpamanya yang diaktifkan
dalam industri fesyen tempatan.

Dengan kemudahan ini, pelanggan kami boleh meneruskan aktiviti membeli-belah di kedai sambil menunggu giliran ke bilik persalinan tanpa perlu beratur panjang.

Pengalaman Membeli-Belah Bak VVIP? Rasainya Sendiri Di Love, Bonito The Exchange TRX

Untuk pengalaman yang lebih memuaskan, bilik persalinan yang disediakan mampu
berubah menjadi ruang yang lebih besar untuk membolehkan pelanggan mencuba pakaian
bersama-sama ibu atau rakan-rakan sambil mengekalkan privasi.

Ads

Pengalaman Membeli-Belah Bak VVIP? Rasainya Sendiri Di Love, Bonito The Exchange TRX

Selain itu, ruang istirahat juga tersedia bagi teman yang menanti. Lurve sangat!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI