Penganjur Ijtimak Seasia 2020 Akur Arahan Polis Acara Dibatalkan, Semua Jemaah Dikuarantin

Share

Takutlah kamu akan Allah! Ini antara kata-kata yang disebut oleh pihak penganjur Ijtimak Seasia 2020 yang diadalah di Desa Pakatto, Gowa  Sulewasi Selatan semalam  sebelum akur dengan arahan pihak berkuasa untuk menghentikan ijtimak tersebut di saat dunia bimbang dengan penularan wabak Covid-19 hari ini.

Memang benar, kita diajar hanya untuk takutkan Allah sahaja berbanding ketakutan lain yang sering dimomok-momokkan seperti takut kepada hantu dan sebagainya namun dengan akal diberi, di saat dunia sedang heboh dengan wabak Covid-19, adalah lebih baik “rasa takut hanya pada Allah” itu diganti dengan pilihan untuk akur pada pendapat orang lain. Nah! Akhirnya bila semua diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa, akhirnya perhimpunan itu perlu dihentikan.

Akhbar Tempo.Com melaporkan  Ketua Dearah Gowa, Sulawesi Selatan,Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo, arahan menunda  Ijtimak Seasia 2020 itu dibuat atas arahan pihak berkuasa.

“Semua peserta akan dikuarantin sementara dahulu,” katanya memaklumkan  ada lebih 8000 peserta sudah  hadir di daerah ini melibtkan 48 buah negara. Acara Ijtimak ini berlangsung mulai hari ini sehingga 22 Mac.

Menurut Adnan, pihaknya tidak melarang perhimpunan sebegini diadakan namun waktunya saja tidak tepat di saat wabak Covid-19 distatuskan sebagai pandemik.

“Masyarakat kami sangat bersahabat dengan sesiapa saja sahaja dan senang dikunjungi. Kegiatan begini juga dinanti-nantikan oleh masyarakat kami tetapi dalam situasi dan keadaan normal. Tapi sekarang sangat berbeza, ada hal luar biasa terjadi dengan masalah yang sama di seluruh dunia iaitu Covid-19,” katanya.

Buat masa ini semua jemaah akan dikuarantin sementara menunggu pulang ke negara masing-masing.

Published by
Almaswa Haji Che Ros