Pihak pengurusan acara konsert Walkerworld Tour 2024 tampil membuat permohonan maaf berhubung isu membabitkan penyanyi Indonesia, Putri Ariani yang didakwa tidak bersikap profesional dalam satu sidang media diadakan baru-baru ini.

Pengarah Megatix, Ridzuan Mohammad mengakui kesal dengan insiden tidak diingini yang berlaku hingga tular di media sosial baru-baru ini dan dia tampil menjelaskan punca kekeliruan serta kepincangan komunikasi yang berlaku sewaktu sidang media tersebut.

Penganjur Megatix Mohon Maaf Isu Putri Ariani Tidak Profesional Dengan Media

“Menyedari insiden tidak disengajakan ini mengguris hati rakan media, Megatix dan saya selaku Pengarah Megatix dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua rakan media kerana sedar ia adalah khilaf kami”

“Untuk makluman rakan media, semasa insiden saya tiada di situasi tersebut kerana keluar seketika bagi meraikan kehadiran tetamu serta tidak sedar akan salah faham yang berlaku antara pihak media dengan Putri Ariani”

Jelasnya, pihak Megatix menyedari kesalah fahaman tersebut setelah melihat laporan media bahawa Puteri Ariani didakwa telah mengabaikan dan tidak mengendahkan kehadiran rakan media

IKLAN

Menurutnya lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti pihak dan punca insiden tidak diingini itu berlaku. Namun, dia tidak mahu terus memanjangkan isu dan mengeruhkan keadaan dan kami bersepakat untuk memperbaikinya secara dalaman.

Dalam pada itu, Ridzuan berkata, atas kesilapan komunikasi penganjur yang dilantik, insiden itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada Putri Ariani.

Penganjur Megatix Mohon Maaf Isu Putri Ariani Tidak Profesional Dengan Media

IKLAN

“Sejujurnya, kami mahu memperbetulkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap Putri Ariani kerana menyinggung rakan media Malaysia yang telah menunggu hampir dua jam dan juga tidak muncul semula selepas itu”

“Seperti rakan media sedia maklum Putri Ariani seorang insan istimewa disayangi ramai peminat muzik di berdiri atas bakat suara luar biasanya, dan dari segi personaliti dia seorang yang positif, periang dan baik hati”

Jelasnya lagi, Putri Ariani juga sangat  menghormati pihak media dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap sesi temu bual. Dia turut khawatir akan kecaman daripada netizen bakal memberi kesan terhadap emosi Putri Ariani seterusnya menjejaskan persembahan.

Sehubungan itu, Ridzuan menambah, bagi memperbaiki keadaan dan memastikan hubungan baik antara kedua-dua pihak, Megatix mengambil iktibar dan teladan dalam pengurusan acara pada masa hadapan dan bersedia menerima teguran mahu pun nasihat rakan media.

IKLAN

Penganjur Megatix Mohon Maaf Isu Putri Ariani Tidak Profesional Dengan Media

Sekadar info, Puteri Ariani akan berkongsi pentas melakukan persembahan di konsert Walkerworld Tour 2024 pada 22 Jun ini bersama DJ Electronic Dance Music (EDM), Alan Walker. Selain Putri Ariani, konsert itu akan turut diiringi dengan persembahan artis jemputan lain seperti Robin Packalen dan Sofiloud.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI