Baru-baru ini kecoh mengenai kontroversi mengenai konsert solo penyanyi yang baru meningkat naik, Aisha Retno yang sepatutnya dijadualkan pada 16 November ini di Zepp KL terpaksa dibatalkan ekoran jualan tiket terlalu rendah.
Sebelum ini, pihak penganjur, Kharisma Music International menerusi satu perkongsian berkata, pihak pengurusan artis itu juga memutuskan untuk tidak menunda konsert terbabit ke satu tarikh lain.
Walau bagaimanapun, Aisha Retno atau nama sebenar Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam (24) tampil memberi kenyataan mengenai kontroversi berkenaan menerusi sebuah video di Instagram.
Ujarnya, terdapat beberapa perkara meragukan oleh pihak penganjur sekaligus mengejutkan dirinya, antaranya ialah dia tidak mendapat sebarang maklum balas mengenai konsert daripada pihak penganjur sejak beberapa bulan lalu.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang status tentang konsert ini sejak beberapa bulan lepas. Kami cuba untuk follow up dengan penganjur untuk update tetapi kami tidak terima sebarang makluman daripada mereka”
“Seperti yang saya tahu hal jualan tiket dan perancangan kewangan, pengurusan pemasaran sepatutnya jatuh kepada pihak penganjur tetapi apa yang terjadi mereka melemparkan semua tugas ini kepada Aisha,” jelasnya lagi.
Katanya, ia sepatutnya tidak patut dilakukan begitu jika mereka mahu menganjurkan konsert sehingga mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkan pelantun lagu Samudera itu dalam penjualan tiket.
“Saya rasa ia tidak patut dilakukan begitu untuk anjurkan konsert. Mereka juga seolah menyalahkan saya untuk jualan tiket dan sebagainya berkenaan konsert tersebut. Saya rasa ini penindasan,” ujar Aisha.
Tambahnya, dia juga mengaku merasa ragu apabila menerima tawaran daripada pihak penganjur untuk mengadakan konsert sulung kerana dirinya masih baru dalam industri muzik.
“Mereka confident dengan tawaran tersebut, jadi saya serta merta kata boleh teruskan dan saya look forward dengan perancangan mereka tetapi apabila berlaku begini sangat penting untuk saya buka cerita kerana saya rasa konsert ini membawa kesan yang besar untuk saya,” jelas Aisha.
“Saya juga harus tarik diri daripada beberapa festival sebelum konsert, itu kerugian yang saya harus jalani,” dedahnya.
Sekadar info, gadis berdarah kacukan Melayu, Arab dan Jawa itu merupakan naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Sutera ciptaannya sendiri bersama MFMF, sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi. Aisha juga merupakan top 6 finalis dan pemenang keempat dari rancangan ‘The Hardest Singing Show’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.