Pengantin 18 Tahun Jelaskan Cara Beli Kereta Mustang Secara Cash, BUKAN Duit ‘PaMa’ Tau..

Share

 

Kalau korang masih ingat dengan satu video TikTok yang tular di serata media sosial kira-kira sebulan yang lalu, seorang suami berusia 18 tahun telah menghadiahkan isterinya yang sebaya usia sebuah kereta Mustang pada hari perkahwinan mereka.

Dalam video tersebut, isterinya dibawa ke luar rumah dalam keadaan blindfolded sebelum dia dikejutkan dengan hadiah mewah tersebut.

Kelmarin, pasangan pengantin baru yang dikenali sebagai Weldan dan Ayunie itu telahpun dijemput ke program MeleTOP

untuk berkongsi rahsia suaminya membeli kereta itu.

Kereta Mustang berharga RM400,000 itu telahpun dibeli secara TUNAI walaupun produk itu baru diperkenalkan hanya tiga minggu sebelum hari perkahwinan. Wow! Apa rahsia mereka?

Rupa-rupanya, mereka merupakan pengasas sejenis produk kecantikan dan kesihatan.

Dari situlah, mereka mampu berbelanja mewah pada usia semuda 18 tahun.

“Kami berdua meminati bisnes sejak sekolah lagi. Pada waktu itu, sebagai couple kami senyap-senyap jual itu ini walaupun kami tiada ‘sifu’ yang betul-betul guide kami.

“Selepas mempunyai ‘sifu’ yang membuka minda kami kepada jalan perniagaan, kami bertambah yakin dan bersungguh-sungguh – sehingga kami boleh kumpulkan keuntungan satu juta Ringgit.

“Sebenarnya tiga hari sebelum kahwin itu, kami ada pergi ke showroom untuk ‘test drive’. Dan saya pula memang sudah lama teringin untuk memiliki kereta (Mustang). Tapi saya tak sangka suami ke sana pada keesokan hari dan membelinya secara cash tanpa pengetahuan saya.

“Dulu kami hanya idamkan kereta MyVi second hand saja. Tapi 15 hari sebelum kahwin, kami tak sangka dapat memperolehi keuntungan berlipat ganda.

“Padahal kami sudah banyak kali apply loan untuk membeli kereta MyVi tapi tidak pernah lulus. Mungkin sempena perkahwinan ini, Allah berikan rezeki yang tak disangka-sangkakan,” kata Ayunie dalam nada yang sedikit sebak.

Selalunya kalau ada peniaga yang diberikan rezeki seperti ini dan kongsikannya di media sosial, ramai betul warganet yang berpusu untuk mengecam. Tapi lain betul dengan pasangan ini apabila ramai pula yang tampil menyatakan rasa bangga melihat anak muda berjaya pada usia belasan tahun.

Tahniah korang atas rezeki perkahwinan ini!

Bilalah kita pula nak merasa naik Mustang kan.. hiks!

Published by
FZ