Petikaian tentang penggunaan kalimah Allah ini telah berlangsung lama sehingga dibawa ke mahkamah hampir 13 tahun lamanya. Terbaru menerusi keputusan yang dibuat pada rabu oleh Mahkamah Tinggi, penganut Kristian terlah dibenarkan untuk mengguna kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama tersebut.
Menerusi laporan Sinar Harian, Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita berbangsa Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.
Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan yang yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat. Walaupun begitu, penerbitan tersebut perlu disertakan ayat penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dengan lambang salib di hadapan kulit buku.
Ads
Dalam laporan Malaysia Kini pula, kes ini adalah rentetan daripada kes yang berlaku pada 11 Mei 2008 apabila CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah, ‘Hidup Benar dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’ telah dirampas dari wanita tersebut sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ads
Selain itu dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian dalam Negeri Pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan terbabit penyalahi undang-undang dan tidak rasional. Menurutnya, ‘Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu kenteteraman awam’.
Ads
***P/S – Kita hidup dalam negara berbilang kaum dan agama. Saling mnghormati dan maraikan perbezaan mampu menjadikan kita semuah masyarakat yang harmoni.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dua minggu lalu kita dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Cincin, kali ini sekali lagi bagi peminat dunia astronomi berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan bermula awal tengah malam hingga menjelang Subuh hari Sabtu ini, 11 Januari 2020.
Kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari yang ‘hampir’ sejajar akan menyebabkan Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun kali ini Bulan hanya akan masuk di dalam kawasan bayang-bayang Bumi yang tidak gelap, yang dikenali sebagai penumbra.
Sebagai ulangkaji, disebabkan cahaya Matahari yang kelihatan daripada Bumi datang daripada sumber yang berbentuk bulatan (kerana Matahari berada dekat dengan Bumi), maka Bumi bayang-bayang yang terhasil di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian, umbra (Dzil لظ ) dan penumbra (Syibhu Dzil لظلا هبش )
Bahagian umbra ialah bahagian paling dalam dan paling gelap. Di sini jampir keseluruhan cahaya Matahari akan terlindung (kecuali sebahagian kecil cahaya yang akan terlepas akibat biasan atmosfera Bumi).
Bahagian penumbra pula ialah bahagian bayang-bayang di sebelah luar dan kurang gelap.
Simulasi pergerakan Bulan merentasi sempadan bayang-bayang penumbra Bumi.
Di dalam kes Gerhana Bulan nanti, jasad Bulan akan hanya bergerak di kawasan sempadan penumbra sahaja. Cabarannya di sini ialah kesan penumbra ini amat kecil malah boleh dikatakan hampir mustahil untuk kita lihatnya dengan mata kasar.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kesannya tidak dapat dilihat dengan mata, tetapi menerusi gambar yang dirakam menerusi kamera dan dilakukan sedikit perubahan dari segi pencahayaan menerusi aplikasi grafik, kita boleh melihat sedikit shading ‘redup’ di dalam satu bahagian sisi Bulan.
Kawasan ‘redup’ itu akan berada bersempadanan dengan kawasan sempadan bayang-bayang umbra.
Bilakah ia akan berlaku?
Fasa Gerhana Bulan Penumbra ini adalah seperti berikut:
Gerhana Bulan Penumbra bermula – 1:07 am waktu Malaysia
Kemuncak Gerhana Bulan Penumbra – 3:09 am waktu Malaysia
Gerhana Bulan Penumbra tamat – 5:12 am waktu Malaysia
Keseluruhan Asia, Eropah, Afrika dan Australia akan dapat menyaksikan fenomena ini.
Secara teknikalnya, 89% diameter Bulan akan berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra.
Perlukah Solat sunat Gerhana?
Jawapan yang diberikan oleh beberapa pegawai Falak negeri-negeri (Ustaz Haji Hardi Bin Mohamad Sadali, Ketua Bahagian Falak Negeri Selangor dan Ustaz Mohd Faizal Bin Jani, Ketua Pegawai Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak) mengenai persoalan ini ialah solat gerhana tidak disyariatkan untuk fenomena kali ini.
Ini adalah kerana kesan gelap tidak mudah dilihat dengan mata kasar, dan para ulama telah meletakkan syarat kesan gelap ini harus jelas dan mudah dilihat. Oleh itu, disebabkan Bulan masih berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra, maka kesan sempadan gelap umbra itu tidak kelihatan.
Jika kita lihat nanti, warna putih Bulan yang akan kelihatan sedikit ‘suram’ di salah satu sisi Bulan itu nanti mudah akan kita terkeliru dengan benda lain, seperti lapisan awan. Berbeza dengan ketika Bulan memasuki bayang-bayang umbra, kesan gelapnya amat ketara malah warnanya pun kelihatan hitam pekat dan kemerahan.
Kajian
Bidang Falak ini amat hebat dengan ilmuwan Islam sejak ratusan tahun dahulu tekun dan rajin memerhatikan kejadian langit dan tak jemu-jemu meneliti jika ada perubahan dan sentiasa berusaha menambaik pengiraan dan model sedia ada. Fenomena gerhana bulan ini merupakan salah satu daripadanya.
Ustaz Mohd Faizal Bin Jani, Ketua Pegawai Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak
Gerhana kali ini, kita sebagai orang awam turut berpeluang menyumbang dalam satu kajian unik. Sejak beberapa tahun lalu, Ustaz Mohd Faizal telah berusaha mengumpul data-data kenampakan bayang-bayang penumbra ketika berlakunya gerhana bulan.
Untuk fenomena 11 Januari 2020 ini, sekali lagi beliau meminta bantuan anda semua untuk memerhatikan perubahan (samada ada atau tidak) terhadap Bulan ketika gerhana nanti. Hasil pemerhatian itu nanti hendaklah diisikan menerusi Google Form yang telah disediakan.
Peluang ini amat bagus untuk kita melatih diri kita melihat sendiri sifat-sifat jasad langit dengan pemerhatian sendiri dan tidak dipengaruhi oleh unsur luar.
Saya sarankan agar kita sama-sama membantu beliau.
Antara fakta menarik lain
Gerhana Bulan Penumbra ini berlaku 2 minggu selepas Gerhana Matahari Cincin 26 Dis 2019 lepas
Gerhana Bulan Penumbra sekali lagi akan berlaku pada 6 Jun 2020.
Bulan akan berada di dalam buruj Gemini berhampiran 2 bintang terang, Castor dan Pollux
Sumber : Falak Online
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya disebabkan oleh dua keping foto yang dimuat naik oleh pempengaruh terkenal, Ameera Khan yang mesra dengan panggilan Little Miss Khan, warga Instagram telah melontarkan pelbagai komen terhadapnya.
Dalam muat naik terbaru Ameera hari ini, dia tampil dalam persalinan jumpsuit berwarna kulit dan berada dalam posisi yang mungkin kurang dipersetujui oleh warganet.
Sekali imbas, jumpsuit berwarna kulit tersebut nampaknya berjaya menampilkan efek neutral yang diinginkan apabila ramai berpendapat Ameera seakan tidak berpakaian.
Malah, ramai yang membandingkan Ameera dengan sosialit terkenal Amerika Syarikat iaitu Kylie Jenner yang gemarkan pakaian berwarna kulit seperti ini.
Tidak kurang juga ada yang menyamakan posing Ameera itu persis penyanyi rapper seperti Nicki Minaj yang terkenal dengan imej daring-nya.
Namun apabila ditelek semula, Ameera hanyalah memakai jumpsuit yang sama ronanya dengan warna kulitnya. Ia demi sebuah kempen produk penjagaan rambut baru yang dikenali sebagai FAFAA.
Berdasarkan permerhatian REMAJA, jenama tersebut bakal memperkenalkan beberapa produk debut mereka seperti pupur rambut merawat (treatment hair mask) dan syampu.
Meskipun ada menerima kecaman warganet, keputusan Ameera untuk berimej sedemikian demi kempen produk rambut ini diterima oleh ahli keluarganya seperti Noor Nabila dan Athisha Khan.
Siapalah kita untuk mengatakan sesuatu yang negatif jika ia dipersetujui oleh insan yang disayangi oleh Ameera sendiri, bukan?
Apapun, REMAJA memang menggemari betapa bersinarnya rambut Ameera menerusi kempen ini. Nak cuba lah!
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kelmarin lagi, laporan mengenai keberadaan pasangan pengantin baharu, Noor Neelofa dan PU Haris Ismail di Pulau Langkawi hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa berada di sana untuk berbulan madu.
Ia pantas mendapat tentangan daripada warganet tempatan yang beranggapan tindakan tersebut bercanggah dengan keperluan rakyat untuk kekal berada di negeri masing-masing mengikut status Perintah Kawalan Pergerakan kawasan masing-masing.
Tambahan pula mereka berdua adalah figura popular dan seharusnya menetapkan teladan kepada masyarakat mengenai kepentingan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Biarpun begitu, syarikat minuman Chatime Malaysia tampil memberikan kenyataan rasmi semalam berkenaan sebab utama Neelofa dan PU Riz berada di sana.
Menurut mereka, pasangan tersebut terlibat dengan urusan lawatan kerja ke cawangan Chatime yang terletak di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar. Ini bagi tujuan pembukaan cawangan baharu jenama tersebut di zon utara.
Pasangan tersebut telah memperolehi kebenaran untuk merentas negeri daripada balai polis mengikut SOP yang ditetapkan. Kenyataan tersebut hadir daripada Pengarah Urusan Kumpulan itu sendiri iaitu saudari Aliza Ali.
Dengan penjelasan yang diberikan ini, ramai beranggapan isu ini telahpun selesai.
Bagaimanapun, ia seakan-akan dihangatkan lagi dengan beberapa ciapan sinis daripada syarikat pesaing Chatime iaitu Tealive.
Spill!
Menerusi muat naik secara tiba-tiba di Twitter selepas kali terakhir berbuat sedemikian pada 13 Mac lalu, Tealive Malaysia dilihat seakan memerli Chatime dengan dengan ciapan berbunyi, “Pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negeri..”
Aik, tiada ribut tiada hujan, tiba-tiba Tealive tampil bercakap mengenai soal rentas negeri?
Tidak cukup dengan itu, Tealive juga berkata, “You know? Tealive is better than..” Hhm..
Dan yang paling win adalah ciapan di bawah. Korang bacalah sendiri, kami nak sambung gelak.
Debat di antara Chatime dan Tealive ini bukanlah satu perkara baharu, hubungan antara dua jenama ini sememangnya telah lama menjadi topik perbualan warganet.
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...