Baru-baru ini kami ada menyiarkan berita tentang beberapa team produksi drama di Korea terpaksa ditunda kerana salah ramai pelakon yang terlibat menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. Sungguh, virus ini tidak mengenal mangsa dan risikonya juga tinggi lebih-lebih lagi jika dijangkiti pada golongan warga emas.
BACA: 8 K-Drama Tangguhkan Penggambaran Akibat Pelakon Disahkan Positif COVID-19
Terbaru, pengarah terkenal Kim Ki Duk dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 semasa berada di Latvia, Eropah. Menurut sumber, pengarah itu tiba di Latvia pada pertengahan November dan dirawat di hospital kerana mengalami gejala koronavirus.
Namun, rawatan yang dijalankan tidak berjaya dan dia meninggal dunia selepas dua hari dimasukkkan ke hospital.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar khususnya buat industri filem Korea kerana Kim Ki Duk merupakan satu-satunya pengarah di Korea Selatan yang memenangi ketiga-tiga festival filem utama di Eropah; Cannes, Venice dan Berlin.
Antara filem terkenal yang diarahkan olehnya termasuk 3-Iron, Samaria, Arirang, Spring, “Summer, Fall, Winter…and Spring” dan One on One.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga masyarakat kita lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga SOP yang diarahkan.
Sumber: Allkpop