Kegagalan Filipina untuk menempatkan diri dalam kalangan 16 wakil negara terbaik di pertandingan Miss Universe 2022 semalam masih menimbulkan persoalan.
Filipina sebelum ini telah berjaya menempatkan diri sekurang-kurangnya dalam kedudukan Top 20 selama 12 tahun berturut-turut.
Malah, negara ‘powerhouse’ dari Asia Tenggara itu juga mencipta kegemilangan apabila dua orang wakilnya dinobatkan sebagai Miss Universe iaitu pada tahun 2015 menerusi Pia Wurtzbach dan sekali lagi pada 2018 menerusi Catriona Gray.
Wakil Filipina di Miss Universe 2022, Celeste Cortesi boleh dianggap sebagai salah seorang wakil paling cantik pernah dihantar untuk mengharumkan nama negara tersebut.
Celeste Cortesi di pentas akhir Miss Universe 2022, semalam.
Persediaan organisasi buat Celeste juga merupakan di antara yang paling tersusun dan terawal dilakukan di antara 86 buah negara yang bertanding.
Justeru, di mana silapnya? Adakah Celeste ‘lambat panas’ seperti yang didakwa oleh kebanyakan pemerhati ratu cantik antarabangsa. Atau pelan advokasinya tidak seampuh sang juara, R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat yang juga memiliki 50 peratus darah kacukan Filipina?
Seharian semalam, baik Celeste Cortesi mahupun pihak organisasi Filipina tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tatkala peminat Filipina masih ‘panas’ dengan kegagalan tersebut.
Ads
Begitupun hari ini, Pengarah Nasionalnya, Shamcey Supsup tampil memberikan pandangannya terhadap keseluruhan persembahan Celeste menerusi temubual bersama pemberita di Filipina.
Shamcey Supsup (kanan) dan Miss Universe Philippines 2022, Celeste Cortesi.
“Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Celeste. Saya rasa dia telah melaksanakan tugasan dengan cukup baik di pusingan awal (preliminary).
“Jujurnya, saya juga terkejut dengan keputusan semalam.” – SHAMCEY sUPSUP, PENGARAH NASIONAL ORGANISASI MISS UNIVERSE PHILIPPINES
“Tapi seperti yang telah saya beritahu kepadanya, dia hanya boleh lakukan yang terbaik dan selebihnya terserah kepada organisasi.. bagaimana juri memberi markah dan apakah arah tuju Miss Universe.
“Saya pasti Celeste telah bekerja keras siang malam untuk cuba membawa pulang mahkota kelima untuk Filipina,” ulas Shamcey yang enggan menunding jari ke arah mana-mana pihak dek prestasi tercorot negara itu di Miss Universe sejak 2010.
Ads
Tambahnya, “Ya, saya telah bercakap kepadanya pada pagi hari selepas pertandingan dan pastikan bahawa dia tidak menyalahkan diri sendiri di atas keputusan ini.
“Kadangkala, takdir kemenangan tidak berpihak kepada kita. Paling utama, penyokong dari Filipina turut berbangga dan merasakan dia layak memperolehi kedudukan Top 16,” katanya.
Kongsi Shamcey lagi, dengan kehadiran edisi terbaru Miss Universe Philippines 2023 tidak lama lagi, pasukannya perlu melihat semula kualiti apakah yang perlu dimiliki oleh pemenang seterusnya agar ia selari dengan hala tuju organisasi di bawah pemilikan Anne Jakrajutatip.
Ads
Roda Berputar Dari Atas & Ke Bawah
Kekalahan kali ini juga bagi Shamsey mengajar organisasi yang diuruskan olehnya itu untuk merendah diri selalu.
Pada saat ini, kesemua peserta di pentas Miss Universe kini adalah sama rata dan sukar untuk meramalkan negara-negara ‘powerhouse’ seperti Filipina terus kekal di atas jika tidak berbekalkan kualiti yang dicari oleh organisasi baharu Miss Universe.
Selain Filipina, beberapa negara lain yang mempunyai pengaruh kuat di Miss Universe namun gagal mara termasuklah Thailand, Perancis, Indonesia, Vietnam dan Mexico.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biar pemakaiannya hanya terhad di dalam tetapi pemakaian tuala wanita begitu penting buat golongan wanita. Jika orang zaman dahulu lebih senang dengan menggunakan percaan kain batik lusuh tetapi tranformasi dunia tentang keselesaan wanita ketika datang haid menjadikan tuala wanita begitu penting hari ini.
Jika sebelum ini warnanya biasa-biasa sahaja tetapi corak batik bagi edisi terhad jenama tuala wanita terkenal Kotex® ini cukup dikagumi. Bukan sahaja menggabungkan fungsi dengan fesyen, malah melambangkan satu inisiatif untuk memperkasa kaum wanita.
Lebih menarik, batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia, namun telah dipermodenkan untuk wanita muda yang mengidamkan aliran fesyen terkini.
Batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia.
Pembungkusannya menampilkan rekaan kreatif artisan-artisan dari Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan sosial yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Kerjasama dengan Batik Boutique merupakan satu lagi impak positif daripada pergerakan global, #SHECAN Kotex® yang bertujuan memperkasa kaum wanita untuk mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.
“Kami telah menerapkan batik ke dalam pembungkusan Kotex kami dengan cara yang menyeronokkan, bagi menginspirasikan kaum wanita muda untuk menzahirkan perasaan mereka dengan sikap positif, iaitu ‘Haid atau Tidak, Dia Mampu’. Produk penjagaan wanita tidak seharusnya bersifat konvensional dan bosan. Justeru, kami berharap rekaan-rekaan yang berani ini akan memberikan ciri keunikan kepada Kotex, di samping menerapkan unsur keseronokan dan fesyen ke dalam tuala wanita kami,” demikian kata Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan artisan-artisan wanita yang menakjubkan di Batik Boutique untuk memperkasa dan membolehkan mereka menampilkan rekaan mereka kepada rakyat Malaysia. Mereka benar-benar mencerminkan semangat pergerakan #SHECAN Kotex, dan merupakan sumber inspirasi kepada kaum wanita tidak kira di mana.”
Batik Edisi Terhad Kotex® kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, dan didatangkan dengan satu aksesori fesyen yang menarik, iaitu satu beg kantung bergaya yang direka khas untuk edisi terhad ini.
Pergerakan #SHECAN Kotex® telah menjana perubahan positif dalam masyarakat di peringkat global untuk membantu wanita muda mengatasi kebimbangan terhadap haid dan menangkis stereotaip jantina, supaya mereka mampu menjadi juara serta berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki untuk mengejar cita-cita mereka.
Kotex® melancarkan #SHECAN FUND di Malaysia pada tahu lalu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita dan gadis muda untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang kurang diwakili oleh wanita, baik dalam bidang seni, pendidikan, mahupun keusahawanan.
Yeay, jangan lupa dapatkan jenama kesukaan ramai edisi terhad ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini telah tular gambar Datin Seri Dayang Noor Camelia Abang Khalid yang dimuat naik jurusolek terkenal Malaysia, Khir Khalid di media sosial. Menerusi kapsyen hantaran tersebut, wanita anggun itu telah dijemput untuk mengadakan persembahan di Majlis Santapan Malam sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-259 di Istana Negara.
Menerima lebih enam ribu tanda suka, pujian demi pujian diberikan kerana Camelia masih lagi kekal anggun seperti permulaannya dalam dunia seni suatu ketika dahulu. Apatah lagi wajahnya dirias oleh jemari jurusolek terkenal itu.
Menarik perhatian penulis adalah busana yang digayakan oleh pemenang Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik Malaysia 1998 ini. Beliau tampil mewah dan memukau dalam persalinan Gajah Oleng, busana ini merupakan pakaian tradisi atau busana adat persandingan Melayu Sarawak.
Seperti yang dijelaskan oleh Danny Zulkifli yang merupakan pemilik jenama dkeringkam yang bertanggungjawab menata gaya Camelia dalam satu hantaran di Instagram, “Walaupun terdapat pelbagai pengaruh dari pelbagai budaya di sekitar Nusantara, busana ini tetap memiliki identiti tersendiri melambangkan budaya Melayu Sarawak.
“Perhiasan mahkota bertingkat-tingkat yang mempunyai identity tersendiri dengan bentuknya seperti telinga gajah dan perhiasan kecilnya yang teroleng-oleng atau bergoyang kemungkinan besar busana ini digelar Gajah Oleng.”
Busana tradisi yang menyerlahkan aura mewah ini menggunakan fabrik Kain Berunei yang merupakan songket tenun Melayu Sarawak dan dilengkapkan dengan pemakaian keringkam.
Jelasnya lagi, “Busana ini mempunyai beberapa komponen penting dari perhiasan kepala hingga kaki. Semunya mesti diatur mengikut aturan tertentu. Rambut mestilah disanggul lipat pandan. Busana ini dipakai sedemikian rupa sejak dahulu sehingga ke hari ini. Tukang hias atau tukang dandan mewarisi ilmu ini dari generasi ke generasi.”
Gaya pemakaian Gajah Oleng pada sekitar tahun 1960an. Kredit foto: Kuching In And Out
Menurut artikel yang disiarkan oleh laman sesawang kuchinginandout.com, kewujudan Gajah Oleng dalam masyarakat Melayu Sarawak boleh dibuktikan melalui rekod yang diterbitkan seawal pertengahan abad kesembilan belas, semasa pentadbiran James Brooke.
Ia disebut oleh Harriette McDougall dalam bukunya, Sketches of Our Life at Sarawak (1882) ketika dia menghadiri majlis perkahwinan cucu Datu Temenggong, Matussin dengan anak perempuan Nakhoda Sadum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita sering membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menguruskan berat badan masing-masing. Nah, kami nak kongsikan sebuah kisah benar (hehe) kejayaan tentang penurunan berat serta panduan untuk korang yang cuba ingin berdiet.
Baca perkongsiannya, moga bermanfaaat buat semua terutama yang ingin kekalkan gaya hidup sihat. Jom kita ambil inspirasi daripada rahsia kurus gadis ini.
Turun hampir 12kg dalam masa 79 hari, wanita ini kongsi cara dan menu makanan yang diamalkannya sebagai diet harian. Menurut individu yang menggunakan nama Juzzlika Jewellery di Twitter ini, dia mengamalkan intermittent fasting 16 jam dan diet ‘suku suku separuh’.
Alhamdulillah sampai hari ni still buat IF dengan cara diet suku suku separuh
11.9KG LOSS 🥰
Dalam masa 79 hari.
Hari ni ke 79
Siapa nak gambar2 menu kita REPLY nak k nanti kita update lagi pic.twitter.com/OcLeDMGUUD
Menurut gadis ini, dia mengamalkan intermittent fasting dimana berpuasa selama 16 jam dari jam 8 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya dan waktu makan hanya 8 jam sahaja dari 12 tengah hari hingga 8 malam.
Tapi korang still boleh minum teh,kopi dan sewaktunya cuma tanpa gula ya!
Masih mengamalkan nasi, Juzzlika memberitahu dia hanya makan nasi segenggam sahaja dan lauk tanpa sebarang kuah. Gadis ini akui pada awalnya agak sukar untuk menahan diri daripada makan di waktu malam.
Pengambilan Air Yang Cukup, 1 Liter Air : 25 Kg
Seperti anda ketahui, perkara paling penting jika ingin menurunkan berat badan adalah pengambilan air yang cukup. Juzzlika turut berkongsikan jumlah air yang perlu diambil mengikut berat badan masing-masing.
Sempat Berkongsi Menu Diet Suku-Suku Separuh
Beza Dulu Dan Sekarang
Secara keseluruhannya, terkini gadis ini berjaya hingga menurunkan berat badan hampir 13Kg. Pergh, bestnya. Apa lagi gais, jom kita diet dan amalkan gaya hidup sihat.
Sumber : Twitter Juzzlika Jewellery
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...