Tidak sah sekiranya pra-musim Aidilfitri tidak diwarnai dengan pertunjukan fesyen daripada jenama terkenal, Bulan Bintang.
Hadir dengan tem The Terrpaling Raya pada Sabtu lalu, Bulang Bintang menampilkan koleksi siap pakai Raya 2024 untuk digayakan sedondon seisi keluarga.
Menarik pada tahun ini, ada di antara 40 rekaan disediakan yang telah direka khas dengan siluet baharu yang dinamakan sebagai ‘Pesak Flexi’ demi keselesaan pemakai.
Ia merupakan rekaan zip di bahagian pesak baju Melayu yang memudahkan pemakai untuk menyarung dan menanggalkan baju Melayu tanpa masalah.
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi ketika ditemui media berkata mereka cuba mengolah ringkas rekaan baju Melayu agar pelanggan lelaki boleh beraya dengan lebih selesa.
Ia juga demi membalas jalas pelanggan setia Bulan Bintang yang setia memberikan sokongan sepanjang sembilan tahun operasi perniagaannya.
Begitupun, Azzim yang juga mesra dikenali dengan panggilan Meri memberi amaran mesra buat jenama-jenama pesaing yang juga dalam kelompok pereka baju tradisi.
“Rekaan Pesak Flexi ialah inovasi yang Bulan Bintang buat. Kami telah patenkan dan daftar rekaan ini dengan MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia)
“Jadi saya nak pesan kepada jenama-jenama jiran saya, kalau boleh janganlah tiru pula benda ini,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Otak Bisnes’ Selepas Tamat SPM, Ini 5 Fakta Kejayaan Pengasas Bulan Bintang – REMAJA
Dalam pada itu, Azzim juga menyentuh mengenai pemilihan Remy Ishak sebagai duta koleksi baju Melayu Teluk Belanga bagi kempen pada tahun ini.
“Remy Ishak kami rasakan sesuai untuk mewakili (jenama). Remy Ishak ialah ‘wajah’ rekaan (baju Melayu) Teluk Belanga.
“Jadi dengan pasaran artis Malaysia yang saya rasa sesuai untuk gayakan Teluk Belanga dengan muka Melayu, yang maskulin dan kena dengan sasaran pasaran itu, abang Remy calon paling sesuai untuk menggayakan (rekaan koleksi) Teluk Belanga.”
“Apabila kita pilih seseorang untuk mewakili Bulan Bintang, kita memang kaji latar belakang dan respon media sosial tentang mereka,” jelasnya lagi.
Pada tahun lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pertunjukan fesyen raya Bulan Bintang di Menara Kuala Lumpur yang memecah Malaysian Book of Records dengan persembahan formasi dron terbanyak di Malaysia.
@remaja.my MEMANG WOW! ✨💜💫 Sempena pertunjukan fesyen #Raya2023, #BulanBintang mencipta rekod di Menara KL apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak. Tak sia-sia Azzim belanjakan RM2 juta untuk bawa team dari United Kingdom bagi persembahan dron ini. #majalahremaja #remajanews #bulanbintanghq #bulanbintang2023 #fyp #fypage #fypシ゚viral ♬ original sound – Remaja
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.