
Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila pengasas Telegram, Durov baru-baru ini meminta orang ramai memadam aplikasi WhatsApp dengan alasan isu kerentanan dan privasi yang terdapat dalam sistem tersebut.


Kenyataan ini dikeluarkan beberapa hari selepas isu keselamatan yang timbul dalam sistek WhatsApp di India, dimana sistem itu mengakibatkan penggodam dapat mengakses pesanan peribadi pengguna apabila mereka membuka fail video dalam aplikasi WhatsApp.
Durov menyelar WhatsApp bukan sahaja gagak melindungi mesej WhatsApp pengguna, malah aplikasi ini juga sering digunakan sebagai 'Trojan Horse' untuk mengintip foto dan gambar bukan WhatsApp.
"Mengapa mereka melakukannya? Facebook sudah lama menjadi sebahagian program pengawasan sebelum ia mendapat WhatsApp," tulis Durov.
Ramai yang mengatakan bahawa WhatsApp adalah pesaing rapat Telegram dan tindakan ini berkemungkinan usaha untuk mengetengahkan agenda masing-masing.



Namun begitu, ada juga individu yang menyokong kenyataan Durov ini.


Apa pula pendapat korang? Tepuk dada tanya selera!
Sumber: Sinar Harian
20 Team Bawa Nama Malaysia Ke Liga PUBG Untuk RM630,000!

Disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, banyak perancangan yang tergendala dalam kehidupan semua orang di seluruh dunia. Takpelah guys, ada hikmah di sebalik ini.
Antara perancangan yang tergendala pada tahun ini termasuklah liga profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura musim kedua.
Selepas situasi wabak Covid-19 dalam negara lebih stabil, akhirnya ia akan dilaksanakan juga bermula 19 Ogos ini.
Sebanyak 24 buah pasukan dari Malaysia dan Singapura akan berentap untuk merebut hadiah berjumlah USD150,000 ataupun kira-kira RM630,000 untuk musim kedua ini.
Fuhh banyak tu!
Daripada 24 buah pasukan tersebut, sebanyak 20 buah pasukan adalah dari Malaysia. 15 pasukan merupakan jemputan daripada musim pertama pada tahun sebelumnya manakala 5 lagi pasukan yang terpilih adalah hasil kejayaan dalam kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2020.
Bagi peminat PUBG, korang boleh mengikuti pertandingan ini di Facebook PUBG Mobile bermula 19 Ogos (hari ini) selama 4 minggu. Peringkat akhirnya pula dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 September kelak.
Untuk memeriahkan musim ini lagi, sebuah slot bual bicara berjudul ‘PMPL Talk Show’ akan disiarkan pada setiap hari Selasa jam 8 malam bersama hosnya, J Hunter.
J akan ditemani oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada pemain profesional PUBG Mobile yang akan berkongsi tip, pendapat mengenai perlawanan dan ramalan.
*
Untuk pengetahuan korang, 3 pasukan terbaik daripada liga ini akan meneruskan saingan ke perlawanan akhir PMPL peringkat Asia Tenggara. Haa, kalau menang di sana, lagi banyaklah ‘habuan’ yang akan mereka perolehi dan bakal berpeluang berentap dalam World League bersama pasukan terbaik dunia.
All the best!
Bagi korang yang lebih gemar bermain PlayStation seperti kami, ini yang korang perlu tahu mengenai model terbaru PlayStation 5.
Hadir Dengan 2 Variasi Berbeza, Reka Bentuk PlayStation 5 Sudah Dilancarkan
Alaa, Tiada Lagi Pengeluaran iPhone X Pada Akhir Tahun Ini?

Kami tahu ramai rakan kami yang telah mengumpul wang untuk mendapatkan iPhone X masing-masing pada tahun ini.
Walaupun iPhone X merupakan telefon berstatus premium disebabkan harganya yang mencecah RM5,000, namun itu bukanlah satu masalah besar buat Apple. Ini berikutan laporan penjualan 2017-2018 yang menunjukkan iPhone X berada dalam senarai 5 telefon pintar paling laris buat masa ini.
Woot woot!
Sejak dilancarkan pada November lalu, ramai yang berkira-kira ingin mendapatkannya namun perlu mengumpul wang secukupnya terlebih dahulu.
Nampaknya, korang mungkin terpaksa melupakan saja hasrat tersebut jika tidak membelinya secepat mungkin. Laporan daripada BlueFin Research melaporkan bahawa Apple mungkin akan menghentikan pengeluaran iPhone X pada tahun ini.
Ini kerana Apple bakal memperkenalkan model terbaru telefon pintar mereka. Dan of course, Apple ingin pelanggan mendapatkan versi yang lebih baharu. Betul tak?
Selain iPhone X, iPhone SE juga akan dihentikan pengeluarannya setelah dua tahun berada dalam pasaran. iPhone SE juga telah menimbulkan banyak persoalan dek kerana khabar angin bahawa versi SE2 bakal diperkenalkan pada tahun namun ia nyata tidak benar.
BACA : Apple Tangguh Pelancaran iPhone SE2
Penganalisa gajet meramalkan Apple untuk memperkenalkan 2 ke 3 buah telefon baru pada tahun ini hingga ke tahun hadapan.
Nak Tahu Gajet Ori Atau Tiruan, Ini 6 Tip Yang Korang Boleh Ikut

Isi Kandungan
ToggleBarangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk
Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna
Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
3. Lihat material yang digunakan
Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
4. Lihat font ini
Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas
Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug
Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.