Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila pengasas Telegram, Durov baru-baru ini meminta orang ramai memadam aplikasi WhatsApp dengan alasan isu kerentanan dan privasi yang terdapat dalam sistem tersebut.
Kenyataan ini dikeluarkan beberapa hari selepas isu keselamatan yang timbul dalam sistek WhatsApp di India, dimana sistem itu mengakibatkan penggodam dapat mengakses pesanan peribadi pengguna apabila mereka membuka fail video dalam aplikasi WhatsApp.
Durov menyelar WhatsApp bukan sahaja gagak melindungi mesej WhatsApp pengguna, malah aplikasi ini juga sering digunakan sebagai 'Trojan Horse' untuk mengintip foto dan gambar bukan WhatsApp.
"Mengapa mereka melakukannya? Facebook sudah lama menjadi sebahagian program pengawasan sebelum ia mendapat WhatsApp," tulis Durov.
Ramai yang mengatakan bahawa WhatsApp adalah pesaing rapat Telegram dan tindakan ini berkemungkinan usaha untuk mengetengahkan agenda masing-masing.
Namun begitu, ada juga individu yang menyokong kenyataan Durov ini.
Apa pula pendapat korang? Tepuk dada tanya selera!
Sumber: Sinar Harian