Pengawal Keselamatan Disahkan Positif COVID-19, IKEA Cheras Umum Tutup Hari Ini

Share

Satu lagi kes positif COVID-19 terbaru melibatkan pusat beli belah jenama perabot terkemuka, IKEA.

Ikea telah memaklumkan bahawa , pengawal keselamatan di IKEA Cheras disahkan positif COVID-19. Kes tersebut dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan syarikat tersebut.

 

Menurut laporan, pengawal keselamatan itu terakhir sekali datang kerja pada 23 Januari 2021. Sebagai langkah pencegahan yang proaktif, IKEA Cheras bertindak untuk menutup premis mereka bermula 25 Januari 2021 susulan daripada beberapa kes positif Covid-19  untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian, sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti adalah menjadi keutamaan IKEA. Pihak mereka akan terus melakukan tugas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai. Langkah-langkah yang dibuat termasuklah memastikan pelanggan mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis, penjarakan sosial dan menyemak suhu badan pelanggan di semua pintu masuk.

Bagi pelanggan yang berkunjung di gedung tersebut yang ingin dapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi pihak CPRS KKM di talian 03-8881 0200/0600/0700.

“Kami akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak rapat dan ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi,” jelas kenyataan tersebut.

Orang ramai juga sekali lagi dinasihati agar mengikut SOP yang diberikan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.

Sama-samalah kita berdoa agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan segera.

Sumber: IKEA

Published by
Nana