Pengebumian Bermakna! Lihat Titisan Air Mata Putera Charles & 5 Momen Lain

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Biarpun dilangsungkan penuh ringkas tanpa kehadiran orang ramai seperti mana acara diraja sebelum ini di United Kingdom, upacara pemberian hormat dan pengebumian Putera Philip semalam mempunyai momen yang cukup bermakna.

Manakan tidak, sebelum kemangkatan baginda, segala perincian telah diteliti oleh Duke of Edinburgh itu agar segalanya berkenaan acara pengebumian ini dilakukan mengikut kehendak baginda.

Biarpun, ada beberapa perkara yang berlaku diluar ‘jangkaan’ baginda sendiri. Jom lihat 6 momen penting yang mungkin korang terlepas pandang semasa siaran langsung di kaca televisyen dan di YouTube semalam.

 

01

Kereta kuda milik Putera Philip yang dinamakan sebagai ‘trap’ direka sendiri oleh baginda dan dibawa masuk semasa upacara.

Di atas tempat duduk baginda, barangan peribadi seperti topi, sarung tangan dan tali cambuk (whip) diletakkan bagi ‘menggantikan’ baginda yang sudah tiada.

Dalam ucapan Duke of Cambridge iaitu Putera William juga, baginda telah menyentuh mengenai minat Putera Philip untuk mengemudi kereta kuda. Lalu, ia menunjukkan kepentingan kereta kuda ini dalam upacara semalam.

Seperkara lagi, Putera Philip juga telah menyediakan sendiri kenderaan jenazah baginda hasil kerjasama Land Rover.

.

02

Ini adalah salah satu babak yang tidak ditontonkan semalam secara rasmi. Sebelum upacara pengebumian, ahli pekerja Istana Putera Philip telah berdiri beramai-ramai di belakang barisan tentera untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.

.

03

Semasa berjalan di belakang kenderaan jenazah Putera Philip bersama adik-beradik yang lain seperti Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward, Putera Charles telah dilihat menitiskan air mata.

Biarpun hubungan anak-beranak itu dikatakan tidak rapat seperti yang ditonton dalam siri The Crown, penulis berpendapat Putera Philip dan Putera Charles menjadi semakin rapat setelah mereka berusia.

Masing-masing berdiri di belakang pemerintahan Ratu Elizabeth II dan masing-masing menaburkan jasa kepada ratu mereka sebagai seorang suami dan anak lelaki. Pastinya banyak perkara yang dikongsikan oleh mereka berdua. Hanya mereka saja yang faham.

ARTIKEL BERKAITAN : Keluarga Diraja Britain Gusar Penonton ‘The Crown’ Musim 4 Ungkit Kisah Puteri Diana? – REMAJA

 

04

REMAJA hampir terlepas pandang perkara ini!

Di seluruh United Kingdom, bendera kebangsaan mereka dikibarkan pada kedudukan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung.

Bagaimanapun, bendera di sekitar Istana Windsor dikibarkan seperti biasa.

Huh, mengapa ya? Ini kerana Ratu Elizabeth II berada dalam perkarangan bangunan atau kawasan itu.

Ini juga pernah berlaku semasa upacara pengebumian Puteri Diana pada tahun 1997.

 

05

Kesemua muzik dan nyanyian semalam telahpun dipilih sendiri oleh Putera Philip semasa masih hidup.

Sebagai contoh, lagu pertama berjudul Schhmucke dich, o liebe Seele (yang bermaksud Deck thyself, my soul, with gladness) adalah bersempena asal-usul Jerman baginda.

Beberapa lagu lain termasuklah ‘Jubilate in C’ dan ‘Psalm 104’. Lagu ‘Eternal Father, Strong To Save’ pula menandakan minat baginda terhadap lautan.

Biarpun banyak lagu dipersembahkan sepanjang upacara, ahli keluarga diraja yang hadir tidak menyanyi bersama seiring dengan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada musim pandemik COVID-19.

.

06

Okay, ini adalah momen yang paling dinanti-nantikan. Jelas, tiada kemelut yang wujud di antara Putera William, Putera Harry dan Kate Middleton selepas upacara tamat.

Masing-masing berjalan kaki dan berbual seperti biasa, biarpun timbul spekulasi hubungan dua beradik itu kini retak akibat perselisihan yang berlaku dalam keluarga diraja Britain.

Menariknya semasa William dan Harry berjalan di belakang kenderaan mendiang, mereka dipisahkan oleh saudara mereka, Peter Phillips sepertimana mereka dipisahkan oleh pakcik mereka, Charles Spencer di pengebumian Puteri Diana.

Bagaimanapun, Peter Phillips seakan berjalan satu langkah di belakang adik-beradik itu agar formasi tiga segi wujud dan bukannya satu barisan. Adakah ini bagi memberikan peluang William dan Harry berinteraksi?

ARTIKEL BERKAITANWilliam & Harry Enggan Diri Bersebelahan Di Pengebumian Putera Philip – REMAJA

Published by
webadmin