Saban tahun, para pelajar di Malaysia pastinya akan mengintai ruang dan peluang bagi mereka melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi.
Pelbagai peringkat pengajian, jurusan yang diambil serta kemahiran yang ingin dipelajari ada disediakan di Malaysia. Itulah kelebihan yang membuatkan pelajar di negara kita bertuah berbanding beberapa negara lain di mana pelajarnya terpaksa bergelut demi mara ke hadapan dalam bidang akademik.
Berita baik untuk korang semua apabila pengedar jenama kenderaan premium, Mercedes-Benz di Malaysia iaitu Cycle & Carriage Bintang Berhad baru-baru ini telah membuka permohonan bagi geran pengajian untuk remaja Malaysia. Ini sekaligus menandakan tahun ketiga ia ditawarkan kepada remaja tempatan yang berminat untuk mengecapi kerjaya dalam sektor automotif menerusi pendidikan teknikal serta vokasional yang berkualiti.
Menurut Encik Wilfrid Foo yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cycle & Carriage Bintang Berhad, mereka ingin terus memberi peluang dan pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana tempat lain kepada remaja berbakat serta berpotensi.
“Setiap penerima layak untuk memperolehi sokongan yang akan membantu perjalanan akademiik seterusnya kerjaya profesional mereka.
“Kami bersedia untuk menjemput remaja berbakat ini ke dalam syarikat kami. Sebab itulah, geran pengajian ini akan menyediakan posisi di Cycle & Carriage selepas graduasi mereka,” jelas beliau.
Kepada 10 orang penerima yang sedang dicari oleh Cycle & Carriage Bintang Berhad ini, kalian akan menerima geran bernilai hingga RM5000 untuk pengajian selama 3 tahun maksimum.
Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menyertai program pelatih (internship) bersama Cycle & Carriage Bintang Berhad semasa cuti semester dan posisi kerjaya di syarikat tersebut. Fuh, menarik tu dapat berlatih di salah sebuah daripada 11 cawangan mereka di seluruh Malaysia.
Nak tahu bagaimana untuk memohonnya? Haa, jom lihat kriteria yang disenaraikan oleh Cycle & Carriage Bintang Berhad ini:
1. Remaja berusia 16 tahun ke atas.
2. Kini sedang mengikuti atau sudahpun memperolehi peluang belajar dalam jurusan automotif di institusi latihan skil yang diakreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) di Kementerian Sumber Manusia (MOHR) atau Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE).
3. Pemohon perlu sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik sama ada dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
4. Pemohon datang dari keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bernilai RM4850 dan ke bawah.
5. Remaja yang berminat haruslah menghantarkan permohonan lengkap ke LAMAN WEB INI sebelum tarikh tutupnya pada 31 Ogos 2021.
All the best!