Pengguna Bakal Boleh Membayar Tambang LRT Guna Kad Bank MyDebit

Share

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, sudah tentu banyak kemudahan yang boleh diakses pengguna dengan lebih mudah. Bagi pengguna pengangkutan awam LRT, kalau dahulu kita menggunakan token sebagai ‘pas masuk’ dan kemudiannya pembayaran boleh dibuat melalui kad Touch n Go, kini nampaknya mereka turut dilihat sedang dalam persediaan untuk menerima pembayaran menggunakan kad MyDebit daripada bank tempatan.

Menurut amanz.my, ujian rintis untuknya dijangka akan diumumkan tidak lama lai dan ianya boleh diuji dibeberapa stesen, termasuklah di Wangsa Maju, Lembah Subang dan Pasar Seni.

Namun begitu, garis masa dan kaedah penggunaan teknologi ini masih lagi tidak diketahui dan memandangkan ia menggunakan kad MyDebit, berkemungkinan sistem akan memegang sedikit baki akaun sebelum menolak tambah selepas keluar dari stesen terakhir.

Rata-rata netizen menyambut baik inisiatif ini dan bersetuju jika pihak LRT memberi kemudahan seperti ini.

Namun begitu, tiada info sepenuhnya berkenaan dengan perkara ini dan diharap agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin. Sama-sama kita tunggu update daripada pihak yang berkenaan.

Sumber: amanz.my

Published by
Noor Ain Norman