Pengguna ETS Bakal Menikmati Wi-Fi Percuma Seawal Mac Ini!

Share

Antara golongan yang banyak menggunakan perkhidmatan ETS ialah remaja dan belia yang terdiri daripada pelajar universiti dan eksekutif muda. Dan selaku golongan yang menggunakan Internet tertinggi di Malaysia, pastikan mereka mahukan sambungan Internet yang baik.

Dapat menikmati Wi-Fi percuma sepanjang perjalanan jauh ETS? Itu merupakan bonus terbesar buat golongan muda! Terbaru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan perkhidmata Wi-Fi secara percuma

khas buat pengguna ETS.

Menurut Pengarah Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Shamsudin berkata penambahan perkhidmatan Wi-Fi bakal tersedia buat pengguna kira-kira dua bulan dari sekarang iaitu sekitar bulan Mac akan datang.

KTMB juga melahirkan hasrat untuk menambah bilangan keretapi ETS yang dilihat sangat mendapat sambutan. Malah, pihak mereka juga merasakan ia sesuai dengan permintaan cukup tinggi terutamanya bila tiba musim perayaan.

Artikel Berkaitan: Ingin Dapatkan Perfect Selfie Seperti Selebriti? Jom Cuba 10 Teknik Mudah Ini

Difahamkan penambahan yang bakal dilakukan juga melibatkan gerabak Kelas Bisnes yang ditawarkan dengan servis lebih premium dan kondusif. Menerusi pakej tersebut selimut, makanan dan minuman di atas gerabak berserta beberapa fasiliti lain juga bakal disediakan oleh KTMB.

Dengan perkhidmatan Wi-Fi percuma ini, Remaja berharap golongan muda terutamanya dapat menikmati Internet yang lancar. Selain itu, ia juga menjadi nilai tambah buat pelancong asing yang sentiasa dahagakan sambuangan Internet walau di mana sahaja mereka berada. Ini merupakan salah satu lagi usaha KTMB bagi memastikan servis mereka akan terus mantap khusus buat pengguna.

Sumber: MalayMail Online

Published by
Farizul Izwany Ibrahim