Pengguna iPhone 8 Lapor Masalah Audio Panggilan Suara Telefon Pecah Dan Gangguan Statik. Apa Sudah Jadi Ni?

Share

Nampaknya fenomena iPhone 8 masih lagi hangat diperkatakan di seluruh dunia. Lebih panas lagi apabila sumber melaporkan sebilangan pengguna peranti tersebut mengadu tentang masalah ketika membuat panggilan telefon.

Puluhan orang di forum MacRumors, Apple’s support dan Reddit melaporkan tentang masalah kualiti audio panggilan suara pecah dan mempunyai gangguan statik.

Apple telah membuat kenyataan bahawa isu ini hanya dilaporkan dalam bilangan yang kecil dan syarikat mereka sedang mengusahakan untuk mengemas kini perisian bagi menyelesaikan masalah itu.

Bagaimanapun, masih tidak ada lagi alasan yang jelas tentang kesulitan yang berlaku dan nampaknya ia turut memberi kesan kepada iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kerana ia turut dilaporkan daripada beberapa pengguna di negara seluruh dunia.

Masalah ini berlaku dalam beberapa panggilan telefon dan Facetime, namun ia tidaklah mengganggu pada setiap panggilan malah perkara ini juga tidak terjadi jika pengguna menggunakan loudspeaker.

 

Hal ini mungkin disebabkan masalah software, seperti yang dinyatakan Apple, kerana gangguan speaker

ini hanya berlaku sekali-sekala.

Apple tidak menjelaskan tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, biasanya Apple akan mengeluarkan beberapa kemas kini (update) perisian dalam tempoh beberapa minggu dan bulan selapas melancarkan telefon dan sistem operasi terbaharu. Jadi, sesiapa yang mengalami masalah ini hanya boleh menunggu sahaja sehingga kemas kini berikutnya.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah mula dijual di beberapa pasaran tertentu seperti di Singapura dan dengarnya sambutan sedikit suram kalau nak dibandingkan dengan iPhone 7 tahun lepas. Hal ini kerana mungkin ramai yang ternanti-nanti dan lebih berminat untuk membeli iPhone X.

Berikut merupakan video tentang masalah panggilan suara pecah yang boleh anda dengar sendiri. Kalau nak jelas bolehlah guna earphone ye.

 

Diharap pihak Apple dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang menanti kemunculan iPhone 8. Please, jangan hampakan kami.

Sumber: theverge.com & amanz.my

Published by
Noor Ain Norman