Pengguna Kad Visa Kini Boleh Guna Google Wallet Di Malaysia. Ini Cara Aktifkan

Share

Jika sebelum ini, pengguna apple berbangga dengan kedatangan Apple Pay ke Malaysia, kini giliran Google Wallet pula diperkenalkan secara rasmi buat pengguna tempatan pada semalam.

Selepas ini, lebih mudahlah urusan harian termasuklah pembayaran dan juga pas digital dengan lebih lancar.

ARTIKEL BERKAITAN : Sekian Lama Menanti, Apple Pay Akhirnya Boleh Digunakan Di Malaysia

Seperti Apple Pay, anda boleh melakukan pembayaran Google Pay ini di kedai-kedai yang menyokongnya dengan hanya tap pada terminal pembayaran. Dalam masa yang sama, anda perlu memastikan sokongan NFC diaktifkan terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.

Cara aktifkan Google Wallet pada peranti Android
1. Muat turun aplikasi Google Wallet menerusi Google Play Store dengan klik di sini..

2. Tekan Add to Wallet.

3. Kemudian, pilih Payment Card.

4. Selepas itu, masukkan butiran kad yang mahu dipautkan.

5. Anda bakal dipaparkan terma dan syarat lalu tekan More dan Accept sebaik sudah dibaca.

6. Masukkan kod yang diberikan menerusi SMS, e-mel atau hubungi bank dan kini anda boleh tetapkan Google Pay sebagai mod pembayaran.

Untuk makluman, Google Wallet menyokong kad kredit CIMB Bank, kad kredit Visa dan kad debit Hong Leong Bank, kad debit Mastercard Hong Leong Islamic Bank dan kad kredit dan debit Visa Public Bank. Buat pengguna HSBC juga boleh menikmati pada masa kelak selepas dimaklumkan oleh pihak perbankan anda.

Selain menggunakan telefon pintar Android, anda juga boleh menggunakannya menerusi jam pintar Google Wear. Menariknya, pas masuk AirAsia juga boleh ditambahkan pada Google Wallet tersebut dan juga bakal menyusul untuk Malaysia Airlines tidak lama lagi.

Fuh, bertambah senanglah buat pembayaran selepas ini kan. Sentuh sahaja gajet korang dah settle!

SUMBER : google play store

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana