
Get ready gaiss..
Ada berita yang kurang menyenangkan bagi pelanggan tetap Netflix. Platform video streaming tersebut akan memperkenalkan pakej harga baru seawal 9 Januari ini.
Ini berikutan kesan daripada cukai digital 6% yang dikenakan kepada penyedia perkhidmatan asing seperti Netflix dan harga baru ini akan berkuat kuasa di seluruh Asia Tenggara.
Harga baru untuk pakej asas adalah RM35 (1 skrin), Standard (RM45 – 2 skrin) dan akhir sekali Premium (RM55 – 4 skrin). Itu adalah RM4 lebih mahal berbanding harga lama untuk pakej Premium.
Hanya pakej bagi pengguna telefon bimbit saja yang dikekalkan iaitu RM17.
Bagi pelanggan lama, korang akan diberi notis sebulan sebelum cas baru ini dikenakan pada 9 Januari. Jadi, pelanggan hanya akan melihat kenaikan bil pada bulan seterusnya.
Bagi pelanggan baru selepas 9 Januari pula, mereka akan dikenakan cas baru serta-merta.
Hhm, nampaknya korang kenalah sediakan bajet lebih pada setiap bulan untuk Netflix.
Sumber: Channel News Asia
Gabungan Teknologi Estetik dan Fotografi Pintar Sempurna, HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket

Isi Kandungan
ToggleBagi individu yang sedang mencari telefon pintar yang menawarkan banyak ciri-ciri menarik dengan harga yang berbaloi, HUAWEI baru sahaja melancarkan telefon pintar baharu, HUAWEI P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket.
HUAWEI P50 Pro adalah sebuah peranti lagenda yang dikembalikan semula ke pasaran, hadir dengan fotografi mudah alih era baharu, reka bentuk yang estetik dan pengalaman All-Scenario, manakala HUAWEI P50 Pocket pula meggabungkan teknologi estetik dan fotografi pintar dengan sempurna.
HUAWEI P50 Pro
Hadir dengan dua pilihan warna, Cocoa Gold dan Golden Black, HUAWEI P50 Pro dilengkapi skrin dan bateri yang lebih besar, namun reka bentuknya tetap langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat.
Bukan itu sahaja, sistem Kamera Dwi-Matrik pada HUAWEI P50 Pro memberikan imej True to Life dengan kejelasan dan kadar dinamik yang tinggi dengan mengimbangi keupaayan pelbagai lensa pada peranti seperti Optik XD HUAWEI, Enjin Imej XD Fusion Pro dan inovasi lain.
HUAWEI P50 Pocket
Telefon pintar lipat ini menggunakan reka bentu dwi-bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50, menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar. Terdapat satu warna eksklusif iaitu warna Premium Gold untuk HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium yang direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen, yang diinspirasi oleh prinsip “simbiosis”.
Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain. HUAWEI P50 Pocket mampu menangkap butiran dengan lebih perinci dan menghasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej Kroma Sebenar.
Pendek kata, gambar korang akan jadi lebih jelas dan cantik. Sesuai sangat untuk anak muda yang sering merakam foto menerusi telefon pintar.
Mesti korang nak tahu berapa pula harganya kan?
Dengan tanda harga RM4,199, HUAWEI P50 Pro boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12 Januari 2022, manakala HUAWEI P50 Pocket (putih) berharga RM5,999 dan HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium (Premium Gold) berharga RM7,299.
Ha, berbaloi kan? Pilihlah telefon pintar yang sesuai dengan bajet korang okay.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hadir Sebagai Duta Xiaomi Asia Tenggara, BamBam Sempat Singgah Makan Musang King Di Kuala Lumpur!

Baru-baru ini, jenama terkemuka Xiaomi telah mengumumkan kerjasama dengan penyanyi terkenal BamBam yang dilantik sebagai duta pertama Xiaomi bagi Asia Tenggara sempena acara pelancaran Redmi Note 13 Series.
Xiaomi yang terkenal sebagai salah satu jenama teknologi popular pada masa kini yang mereka bentuk dan hasilkan telefon pintar serta pelbagai peranti AIoT untuk semua golongan, termasuk generasi baru yang mempunyai gaya hidup yang cemerlang dan keyakinan diri yang tinggi.
Diilhamkan dari konsep ‘Every Shot Iconic’ dari Redmi Note 13 Series, perlantikan BamBam akan memberi inspirasi kepada generasi baru kerana BamBam merupakan contoh teladan yang kerap menunjukkan usaha dan kemahirannya dengan cara yang unik.
Berbicara mengenai BamBam, penyanyi yang pernah meningkat naik kerana Hallyu Wave atau K-Pop menerusi kumpulan GOT7. Terbaru, dia menarik perhatian peminat utamanya di Malaysia kerana sempat berkongsi pengalamannya membelah durian Musang King ketika singgah di Kuala Lumpur.
“Saya datang pada musim yang tepat dan sempat rasa Musang King! Memang sedap! Dan saya juga sempat cuba Bak Kut Teh”
Dalam pada itu, dalam acara pelancaran Redmi Note 13 Series di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu. BamBam juga sempat bertemu dengan para peminat bukan sahaja dari Malaysia, malah ada yang sanggup datang dari Thailand, Vietnam, Filipina, Tunisia dan sebagainya.
Menerusi acara yang sama, terdapat acara cabutan bertuah istimewa untuk peminat BamBam dan apa yang menarik perhatian adalah ketika sesi bergambar dimana interaksi di antara pelantun lagu Sour & Sweet bersama peminat lelaki yang nampak seperti ‘kawan lama’.
Sekadar info, siri Redmi Note 13 yang dilancarkan di bawah konsep Every shot iconic terdiri daripada 4 model; Redmi Note Series 13 Pro+ 5G, Redmi Note Series 13 Pro 5G, Redmi Note Series 13 5G dan Redmi Note 13. Ciri-ciri utama siri ini termasuk kamera utama 200MP dengan penstabilan imej optik (OIS), paparan AMOLED lengkung 1.5K 120Hz yang menakjubkan dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus yang tahan lasak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
WhatsApp Pay Diperkenalkan Dengan Ciri Hantar & Terima Wang Melalui Chat

Semalam, pengasas Facebook Mark Zuckerberg telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sudah mula melancarkan pembayaran melalui sistem WhatsApp di Brazil.
Ha, maksudnya selepas ini nak bayar apa-apa boleh pakai WhatsApp saja?
Walau bagaimanapun, ciri ini diperkenalkan di Brazil dan mungkin diperluaskan ke negara lain pada masa akan datang. Selain daripada dapat menghantar dan menerima wang, ciri ini juga turut boleh digunakan dalam membuat bayaran di kedai-kedai tempatan yang menerimanya.
Ciri ini dikuasakan oleh Facebook Pay, sekali gus memudahkan pengguna dan peniaga menggunakan maklumat pembayaran sama di semua platform lain dibawah Facebook dengan kerjasama bank tempatan, termasuklah Banco do Brasil, Nubank, Sicredi dan juga Cielo, iaitu pusat proses pembayaran terkemuka untuk pedagang di Brazil.
Buat masa ini, WhatsApp menyokong pautan kad kredit dan debit daripada beberapa penyedia di Brazil dibawah rangkaian Visa dan Mastercard. WhatsApp mengatakan penghantaran dan penerimaan wang antara pengguna adalah percuma. Tetapi, peniaga akan dikenakan caj pemprosesan apabila menerima pembayaran daripada pengguna.
Namun begitu, ciri ini masih lagi tidak diketahui bila masanya akan dilancarkan ke negara-negara yang lain.
Hm, rasa-rasanya ciri ini memudahkan pengguna di Malaysia ke?
Sumber: Mark Zuckerberg & Amanz