
5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dan lanjutan daripada generasi sebelumnya, 1G ke 4G. Rakyat Malaysia dijangka dapat menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.
Untuk meningkatkan taraf teknologi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengingatkan pengguna telefon bimbit atau peranti 3G segera beralih ke rangkaian 4G kerana rangkaian 3G di Malaysia bakal ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember ini.

Ini bagi mengelakkan perkhidmatan telekomunikasi pengguna tidak terkesan, sekali gus menyebabkan mereka ketinggalan dalam gelombang pendigitalan.
Pengguna yang masih memiliki kad SIM yang hanya menyokong rangkaian 3G disaran segera menghubungi penyedia perkhidmatan terdekat untuk menaik taraf ke 4G bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
So guys, kalau masih ada yang menggunakan rangkaian 3G cepat bertukar kepada 4G sebelum 31 Disember ini ya. Mungkin ada ahli keluarga korang yang menggunakan 3G, jadi boleh maklumkan kepada mereka.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Cuaca Panas Di Jepun, ‘Penyaman Udara’ Lekat Pada Baju Ini Terus Popular

Memang cool!
Kalau korang ingat hanya Malaysia sedang mengalami musim panas melampau, well, telahan itu tidak tepat. Majoriti negara di benua Asia kini sedang berdepan suhu musim panas terik.
Daripada jumlah itu, disangka hanya negara-negara di bahagian selatan Asia seperti India, Pakistan dan rantau Asia Tenggara sahaja mengalaminya. Rupa-rupanya, negara Asia di hemisfera utara pun tidak terkecuali!
Okay ke tu rakyat di Jepun?
ARTIKEL BERKAITAN : Musim Kemarau Di Asia Tenggara Sudah Bermula, Dijangka Hingga Oktober 2022 – REMAJA
Jepun, contohnya, sedang berdepan suhu musim panas terik yang tidak disangka-sangka. Selalunya, rakyat Jepun akan bersiap-sedia dengan cuaca begini bermula akhir Julai. Berbeza pada tahun ini, rakyat di snaa dikejutkan dengan kehadiran cuaca panas lebih awal hinggakan pihak berkuasa juga tidak bersedia.
Suhu di wilayah sekitar Tokyo mengalami melebihi 35 Celsius untuk hari ketujuh berturut-turut. Manakala di bandar Nagoya, suhu diramalkan boleh mencecah 40 Celcius. Ini sekaligus menjadikan suhu di Jepun kini sebagai suhu tertinggi dalam tempoh sekurang-kurangnya 147 tahun.
Pendingin Hawa Melekat Pada Baju
Disebabkan perubahan cuaca mendadak, satu produk di Jepun dilihat telah menjadi popular secara serta-merta.
Menurut laman web Sony, produk yang dinamakan sebagai Sony Reon Pocket ini adalah sejenis peranti ‘thermal’ yang boleh menyejukkan atau memanaskan bahagian badan yang bersentuhan dengannya.

Asalnya, ia diperkenalkan sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Disebabkan popular dalam kalangan pengguna, peranti ini telahpun memasuki ‘batch’ ketiga pengeluaran.
Versi terbarunya dikemaskini dengan kecekapan penyejukan yang telah dipertingkatkan disamping mempunyai ciri penggunaan mengikut deria agar ia boleh diselarikan mengikut suhu badan pengguna.


Produk ini juga didatangkan dengan tali penyangkut di leher tau; bukan saja tali ini memudahkan pengguna malah memastikan ia tidak mudah hilang.

Lapor Sora News, Sony Reon Pocket mempunyai bateri ‘built-in’ dan boleh dicas sepantas 100 minit. Berdasarkan intensiti suhu, baterinya boleh bertahan dari lapan – 61 jam dalam ‘mod sejuk’ serta 27-54 jam dalam ‘mod hangat’.
Best kan! Memang dapat bayangkan betapa selesanya bila menggunakan produk ini jika kita berdepan cuaca terik di Malaysia. Begitupun, harus diingat harganya pun bukan calang-calang.
Menurut laman sesawang Sony Hong Kong, Sony Reon Pocket dijual sekitar harga RM785! Haa, berbaloi atau tidak? Tepuk dada, tanya selera guys.
BACA LAGI : Cuaca Panas Lit-Lit Buat Sakit Kepala? Ini 8 Tip Mudah Hilangkannya – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
iPhone Mungkin Naik Harga Sampai RM10,000? Ini Sebabnya…

Isi Kandungan
TogglePengguna iPhone seluruh dunia mungkin perlu bersedia dengan berita kurang menyenangkan, iaitu harga iPhone berpotensi naik mendadak gara-gara tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menurut laporan Reuters, kenaikan harga ini berpunca daripada keputusan Trump untuk mengenakan tarif terhadap beberapa negara, termasuk China – lokasi utama pengeluaran iPhone. Kesan langsung daripada tarif setinggi 54 peratus itu boleh menyebabkan harga iPhone meningkat antara 30 hingga 43 peratus!
Bayangkan ini:
BACA: Blood Brothers: Bara Naga, Filem Aksi Yang Bakal Gegarkan Perfileman Malaysia!
iPhone 16 termurah, yang kini dijual pada harga AS$799 (RM3,600) di pasaran AS, dijangka naik hingga AS$1,142 (RM5,130) jika kos tarif ini dipindahkan kepada pengguna.
Manakala iPhone 16 Pro Max versi 1 terabyte pula berpotensi mencecah AS$2,300 (RM10,330) berbanding harga asal AS$1,599 (RM7,180).
Satu beban besar buat pengguna?
Apple kini berada dalam dilema besar, sama ada menyerap kos ini atau ‘menolak’ beban tersebut kepada pembeli. Menurut analisis Rosenblatt Securities, jika trend tarif ini diteruskan, tidak mustahil semua model iPhone baharu akan alami kenaikan harga yang ketara.
Malah, model iPhone 16e yang dilancarkan Februari lalu pada harga AS$599 (RM2,690) juga dijangka meningkat kepada AS$856 (RM3,850)!
Bukan itu saja, saham Apple jatuh 9.3 peratus pada Khamis, penurunan terbesar sejak Mac 2020. Syarikat teknologi gergasi itu menjual lebih 220 juta unit iPhone setahun, dan kini cabaran terbesar mereka adalah mengekalkan daya saing dalam pasaran global.
Untuk rekod, Trump sebelum ini pernah memberikan pengecualian tarif kepada Apple, namun kali ini, Apple tidak terkecuali. Ini juga sebahagian daripada strategi beliau untuk ‘memaksa’ syarikat teknologi AS berpindah dari China ke lokasi seperti Mexico atau dalam negara sendiri.
Jika Apple terus terkesan, besar kemungkinan pesaing seperti Samsung akan mengambil peluang untuk rampas kedudukan di pasaran global.
Korang sanggup tak kalau iPhone mencecah RM10,000 satu hari nanti?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aplikasi WhatsApp Bakal Lancar Ciri Terbaharu Sembunyikan Status ‘Online’

Berita baik buat pengguna WhatsaApp, aplikasi itu dikatakan sedang menguji fungsi untuk menyembunyikan status talian (online) daripada dilihat oleh pengguna lain.
Sebelum ini, WhatsApp banyak memperkenalkan ciri-ciri yang menfokuskan pada WhatsApp Group, antaranya termasuklah sokongan sehingga 512 orang dalam satu grup, selain dibenarkan untuk mempunyai lebih banyak admin. Malah, WhatsApp juga dikatakan pernah menguji kebolehan untuk individu meninggalkan WhatsApp Group tanpa meninggalkan notifikasi.

BACA: WhatsApp Perkenal Ciri Keluar Dari Grup Secara Senyap Tanpa Notifikasi
BACA: WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Baharu, Admin Grup Boleh Padam Mesej Ahli Lain
Terbaharu, menurut WABetaInfo, selepas mengumumkan bahawa WhatsApp sedang membangunkan beberapa ciri utama seperti kemungkinan untuk mengedit mesej teks, syarikat itu kini sedang menguji keupayaan untuk menyembunyikan status dalam talian untuk kemas kini aplikasi itu pada masa hadapan.
Sebelum ini, ramai pengguna WhatsApp telah meminta untuk menyembunyikan status online mereka atas beberapa faktor. Ada yang ingin menggunakan WhatsApp tanpa diganggu atau mungkin mereka tidak selesa kerana ‘diintai’ oleh pengguna lain. Akhirnya, WhatsApp mendengar maklum balas pengguna dan cuba untuk mengusahakannya.

BACA: Pengguna iPhone Ini Tidak Lagi Boleh Guna WhatsApp Mulai Oktober Depan
Seperti yang tertera pada gambar di atas, pengguna bakal diberi pilihan iaitu Who Can See My Last Seen dan Who Can See When I’m Online. Disinilah korang boleh buat pilihan sama ada ingin menyembunyikan status online atau tidak.
Tahun lalu, WhatsApp telah menyembunyikan ‘Last seen’ untuk menghalang pengguna lain daripada melihat status terkini. Namun, masih ramai yang tidak senang kerana pengguna lain masih lagi boleh melihat sekiranya mereka sedang ‘online’ atau tidak.

Ha, sekiranya ciri terbaharu ini benar-benar bakal dilancarkan, korang tidak lagi perlu risau sekiranya orang lain tahu sama ada korang sedang ‘online’ di WhatsApp atau tidak. Hiks!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.