Jumlah kematian di Itali akibat COVID-19 dilaporkan meningkat hari demi hari dan negara tersebut mencatatkan kes jangkitan sebanyak 17,660 pada laporan empat hari lepas. Wilayah Lombardy dikatakan paling teruk terjejas, menyaksikan penutupan sepenuhnya kilang dan pejabat di kawasan tersebut.
Kerajaan negara tersebut telah pun melaksanakan langkah drastik dengan menutup bar, restoran dan kebanyakan kedai, selain menyekat perjalanan yang tidak penting dalam usaha untuk menangani penularan wabak.
Ekoran daripada sistem lockdown yang dijalankan di Itali, seorang pengguna di twitter berkongsi gambar dan mengatakan bahawa tahap pencemaran nitrogen dioksida menurun secara drastik di sebahagian tempat di Itali gara-gara pengisytiharan darurat yang dilaksanakan di negara tersebut.
Gambar ini menunjukkan betapa jernihnya sumber air mereka dan menurut penduduk Venice, selama 60 tahun air di sungai tersebut tidak pernah kelihatan jernih.
Ala, terusan yang selalu pelancong menaiki gondola tu.
Khabarnya kualiti udara dan pencemaran semakin membaik selepas beberapa ketika tidak dikunjungi oleh orang awam.
Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.
Sumber: Harian Metro & Twitter finessabae