Musim peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kembali! Setelah 2 minggu bersiaran, semalam tiba giliran sebuah lagi lagu dinobatkan sebagai Lagu Terbaik mingguan.
Dan ia jatuh kepada Sumpah nyanyian Naim Daniel!
Ternyata bukan mudah untuk Sumpah menerima penghargaan tersebut memandangkan persaingan 11 buah lagu semalam adalah amat sengit. Lihat je lah pada senarai yang bertanding: Ku Bersuara (Ernie Zakri), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Rampah (Akim & The Majistreet) dan Anta Permana (Dato’ Sri Siti Nurhaliza), antaranya.
Malah Naim sendiri terharu dengan penghargaan tersebut. Menurutnya di sebuah appreciation post sebentar tadi, Naim berterima kasih kerana memberi peluang kepada lagu tersebut sampai ke tahap ini.
“Terima kasih kepada team muzik-muzik dan produksi kerana sudi melayan kerenah budak mengada ini.
“Sebagai pendatang baru dalam dunia seni penulisan lirik dan kompisisi, saya akan mencuba sedaya upaya lebih baik pada masa akan datang untuk terus berkarya. Untuk mendapat penghormatan sebegitu malam semalam ada sesuatu yang amat saya hargai sentiasa.
“Kesayangan saya Naimians (kelab peminat) dan ahli keluarga yang tak berhenti memberi sokongan, yang sudi sing along, sorak macam show semalam adalah show kita saja, anda semua memang alien. Tenaga luar biasa dan itu membuatkan saya lebih beremosi di pentas.
“Dan juga kepada abang Omar K yang membantu saya siang malam menyiapkan lagu ini, memang Naim takkan lupa,” katanya yang turut mengucapkan penghargaannya kepada beberapa lagi orang penting di sebalik persembahan Sumpah tersebut.
*