Pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mek Yun mengingatkan orang ramai terutamanya wanita untuk tidak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi.
Menurut Mek Yun, selepas kejadian diekori seorang lelaki dipercayai warga asing sewaktu berjalan bersama ibunya di sebuah pusat beli-belah, dia kini akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila berada di luar.
“Silap saya juga sebab tak terus buat laporan polis dan tak sempat nak panggil pengawal keselamatan di tempat tersebut. Individu berkenaan sempat lari.
“Namun, saya bersyukur sebab tiada apa yang berlaku kepada saya dan ibu pada ketika itu. Saya pun dah tak pasti ke mana individu itu menghilang.
“Buat para wanita yang berhadapan situasi yang sama seperti saya, jangan panik. Sebolehnya, jangan berjalan atau pergi ke kawasan parkir seorang diri.
“Apa yang penting, cari bantuan seperti masuk ke kedai yang paling dekat atau panggil pengawal,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, pempengaruh berbangsa Cina asal Kuala Lumpur ini juga mengakui kejadian tersebut sedikit sebanyak menimbulkan perasaan trauma di dalam hidupnya.
“Sudah tentu. Situasi tersebut telah menimbulkan perasaan yang sangat menakutkan.
“Walaupun orang lain mungkin menganggap hal ini remeh tapi hanya kita yang melaluinya sahaja yang faham bagaimana perasaannya bila berhadapan dengan situasi diekori itu.
“Saya tidaklah fobia teruk sangat dan masih lagi boleh keluar seperti biasa. Namun, saya akan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Ads
“Keluarga memang sangat risau. Ketika itu saya hanya berdua dengan ibu. Ayah pun dah bagitahu, selepas ini kalau nak ke mana-mana, dia akan ikut sekali,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mek Yun turut menafikan insiden berlaku disebab privasinya yang kini terdedah selepas bergelar pempengaruh.
“Saya tak rasa yang lelaki tersebut merupakan pengikut saya. Setakat ini, saya bersyukur kerana para pengikut saya tidak berperangai pelik-pelik.
Ads
“Kesemua mereka sangat baik dan menyokong. Malah, saya pun tak pernah terima mesej yang pelik-pelik di DM dan komen.
“Dari segi privasi pula, saya tak pernah rasa terganggu. Kalau, peminat nak bergambar pun tiada masalah kerana ia membuatkan saya lebih dekat dengan mereka,” kongsinya lagi.
Mek Yun yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 baru-baru ini.
Sementara itu, Mek Yun meluahkan rasa teruja dengan penganjuran Tik Tok Awards Malaysia yang bakal berlangsung buat julung kalinya pada 27 Ogos ini.
Meskipun tidak tercalon, sebagai content creator, Mek Yun tetap memberikan sokongan dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh rakan-rakan seperjuangan di platform berkenaan.
Katanya lagi, dia milih pempengaruh, Khairul Aming sebagai calon pemenang bagi kategori, Creator Of The Year.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak sah kalau tiada berita tular mengenai ahli Blackpink, Jennie pada setiap hari.
Ikon gaya hidup dan fesyen dari Korea Selatan ini sememangnya menjadi ikutan ramai pengikutnya di seluruh dunia.
Tambahan pula dengan projek-projek terbaru membabitkan Jennie seperti album terbaru Blackpink, Born Pink yang akan diluncurkan pada September ini dan drama bersiri The Idol yang menampilkannya di samping Abel (The Weeknd), Lily-Rose Depp, Troye Sivan dan ramai lagi, nama Jennie setiasa berada di puncak topik trending.
Terbaru bersempena single Pink Venom oleh Blackpink yang diluncurkan Jumaat minggu lepas, Jennie sekali lagi mencipta fenomena dalam dunia sukan bola sepak!
Aik, apa kaitan Jennie dengan bola sepak?
Ini semua gara-gara video muzik Pink Venom yang menampilkan Jennie dalam persalinan jersi pasukan Manchester United.
Sewaktu babak Jennie yang tampil bersama Lisa untuk bahagian rap di tengah-tengah lagu Pink Venom, Jennie telah menyarungkan jersi berwarna hitam itu dengan namanya tertera di bahagian belakang.
Lantas, peminat Manchester United pantas menyamakan Jennie sebagai ‘good luck charm’ pasukan itu semasa memenangi perlawanan menentang Liverpool dengan keputusan 2-1.
Khabarnya juga, disebabkan kelibat Jennie dengan jersi itu, rata-rata laman web yang menjualnya kehabisan stok manakala saham kelab Manchester United meningkat pada hujung minggu lalu.
Untuk pengetahuan korang, Blackpink pernah berkerjasama dengan jenama sukan, adidas sebagai duta antarabangsanya. Mungkin sekali, pemilihan jersi Mancester United bagi Jennie ini mempunyai hubung kaitnya dengan kontrak bersama adidas itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali lagi Industri hiburan Korea Selatan menerima berita menyedihkan selepas seorang pelakon ‘Descendant Of The Sun’ dikatakan meninggal dunia.
Kalau korang peminat K-drama, mesti perasan dan kenal dengan aktor veteran, Nam Moon Chul yang dikatakan meninggal dunia pada 4 Oktober di usia 50 tahun.
Foto Via SOOMPI
Hal ini turut disahkan oleh agensi yang menaunginya iaitu BK Management.
Nam Moon-chul memainkan banyak watak sampingan dalam filem dan drama TV Korea Selatan antaranya Six Flying Dragons, Nokdu Flower, CHIP-IN, When My Love Blooms, dan Descendants of The Sun.
Popularitinya naik mendadak menerusi drama popular, Descendants Of The Sun pada tahun 2016. Beliau membawa watak sebagai Pengurus Ko iaitu ayah kepada seorang pekerja muda di sebuah tapak pembinaan di sebuah negara.
Dalam episod enam, dia telah mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan rakan sekerja ketika negara itu dilanda gempa bumi.
Drama terakhirnya berjudul Mad For Each Other yang ditayangkan baru-baru ini.
Agensi kepada mendiang turut mendedahkan bahawa aktor yang berusia 50 tahun itu meninggal dunia selepas disahkan menghidapi kanser usus besar dan telah berjuang untuk melawan penyakit tersebut.
Untuk info, kanser Usus (Colon Cancer) adalah antara 10 kanser yang paling kerap berlaku dikalangan lelaki. Ia juga dikatakan berkait rapat dengan gaya hidup individu.
RIP Nam Moon Chul…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Situasi pandemik yang melanda seluruh dunia disebabkan wabak Covid-19 kini bukan lagi cerita baharu.
Dalam situasi semasa ini, rakyat Malaysia sendiri diperintah agar tinggal di rumah bagi mengelakkan penularan bertukar lebih teruk. Ini termasuklah perintah yang dikeluarkan oleh Mufti agar solat Jumaat secara berjemaah di masjid seluruh negara dibatalkan.
Timbul persoalan apakah hukum bagi seorang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, memasuki hari ini?
Menurut Timbalan Mufti Terengganu iaitu Sahibul Fadilah Ahadi Othman kepada rakan media di BHarian, lelaki Islam Mukallaf (yakni dipertanggungjawabkan dengan kewajipan agama Islam) yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam tempoh perintah kawalan pergerakan tidak menanggung dosa.
Ini memandangkan hokum harus bagi umat Islam mengelakkan diri daripada penularan wabak atau penyakit yang merbahaya.
“Bagaimanapun, dia wajib untuk menggantikannya dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
“Ketetapan hukum ini bersandarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid), maka tidak sempurna solatnya melainkan disebabkan keuzuran.
“Mereka (sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit, berdasarkan Hadis Riwayat Abu Daud,” jelas beliau.
Oleh itu, seharusnya kita tidak keliru dengan hukum tidak mengerjakan solat Jumaat sekerap 3 kali berturut-turut dalam kes ini.
Sementara itu, Masjidil Haram di kota Mekah juga sedang melakukan langkah berjaga-jaga, menurut arahan kerajaan Arab Saudi.
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya...