Pengundi Muda Akan Tukar Fikiran & Keluar Mengundi Jika Baca 4 Alasan Kami Ini

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

9 Mei ini, seluruh rakyat yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia akan keluar untuk melunaskan tanggungjawab mengundi pemimpin negara akan datang.

 

Namun, sedih sekali apabila terdapat sentimen di kalangan pengundi muda berdaftar yang seakan enggan untuk keluar mengundi kelak.

Ini 4 alasan yang selalu diberikan oleh mereka. Baca jawapan balas kami untuk setiap alasan tersebut.

 

01

Tidak Mahu Masuk Campur Politik

Ini merupakan alasan paling selalu diberikan pengundi muda. Mereka katanya tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak. Bagi mereka, politik itu kotor dan hanyalah untuk orang dewasa.

Funny thing is

, bila satu isu negara menjadi viral, pengundi muda jugalah orang yang selalu ‘berperang’ di Facebook dan Twitter.

Golongan ini perlu faham, perbuatan memangkah mana-mana ahli politik yang bertanding bukannya bermaksud mereka mendaftar masuk mana-mana parti atau taksub dengan parti tertentu.

Ia adalah untuk membantu memilih wakil rakyat yang akan membantu membangunkan kawasan mereka dan pada masa yang sama, menentukan hala tuju negara.

 

02

Suara Tak Pernah Didengari, Jadi Buang Masa Saja Mengundi

Alasan ini selalu diberikan oleh pengundi muda yang gemar mengikuti demonstrasi jalanan. Pada mereka, jika suara rakyat yang bersusah payah berkumpul di bawah terik matahari pun tak diterima pemimpin negara, buat apa nak mengundi. Buang masa je.

Tanggapan itu salah sebenarnya. Malaysia adalah negara yang menentukan kepimpinannya melalui proses undian dan itu adalah saluran yang betul. Jika tidak berpuas hati dengan mana-mana calon, undi calon bertentangan.

03

Tidak Tahu Kepentingan Sebagai Seorang Pengundi

“Alaa, kalau aku undi calon A pun, calon B guarantee menang. So buat apa aku nak susah sangat sokong calon A?

Bagi penulis, ini adalah alasan yang kurang bijak. Kita semua pernah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah yang banyak kali menyentuh tentang pilihan raya.

Jika proses mengundi ini memang tak penting, tak adanya mereka nak lakukan Pilihan Raya Umum setiap lima tahun sekali. Alasan “Aku tak penting pun” selalu diberikan oleh golongan yang suka tunggu, lihat dan kemudiannya lantang manaip macam-macam jenis ‘reviu’ di status masing-masing selepas keputusan Pilihan Raya diumumkan.

Usah jadi golongan rakyat itu.

 

04

Tiada Masa Untuk Mengundi

Persoalan sebenar bukanlah tiada masa tetapi mereka yang tidak mahu mencuri masa untuk mengundi

Bayangkan, cuti sudah diberi secara rasmi. Dan proses mengundi hanya perlu dilakukan sekali dalam tempoh LIMA TAHUN

. Now, you do the maths. Tiada masa atau hanya alasan semata-mata?

 

* * * * *

 

Apapun alasan yang diberikan, jika memang benar korang tak nak keluar mengundi atau merancang untuk menabur undi rosak, situasi ini memang menyedihkan.

Jika korang tak nak mengundi untuk kepentingan ahli politik, calon atau parti sekalipun, undilah demi negara. Ketepikan persepsi dan suara negatif, lakukannya demi diri sendiri dan negara.

 

and VOTE!

Published by
FZ